BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 6, 2009

Tugasan Kelas: Nota Konsep Dan Model Rekabentuk Kajian Tindakan

Model Rekabentuk Kajian Tindakan

    Terdapat pelbagai model rekabentuk kajian tindakan. Di antaranya ialah model rekabentuk kajian tindakan. Model tradisional yang selalu diaplikasikan dalam menjalankan kajian tindakan adalah berdasarkan model “action research cycle” yang mempunyai asal usul daripada Kemmis dan McTaggart (1988). Menurut Kemmis & McTaggart, model ini mempunyai 4 elemen, iaitu i. Mereflek (reflect) ii. Merancang (plan) iii. Bertindak (action) dan iv. Memerhati (observe) seperti yang ditunjukkan pada rajah. Model ini adalah relevan terutamanya dalam konteks pengendalian kajian tindakan amalan seperti yang dijalankan dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran.


                                                                           Rajah 1



   Daripada rajah 1, proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.

    Di sebaliknya satu model kajian tindakan yang dipelopori oleh Stringer (1999) adalah lebih sesuai sekiranya seseorang guru hendak menjalankan kajian tindakan bercorak penyertaan. Stringer (1999) melihat kajian tindakan penyertaan (participatory action research) sebagai satu gelung interaksi. gelung interaksi menunjukkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan (looking), pemikiran (thinking) dan tindakan (action). Ini menunjukkan proses itu berulangan dan sentiasa diperbaharui. Dalam model ini, Stringer (1999) mengutamakan penglihatan (looking) untuk membina satu gambaran bagi membolehkan pihak yang berkepentingan (stakeholder) memahami isu yang mereka alami. Fasa ini meliputi pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen), merekod dan menganalisis maklumat serta membina dan melapor kepada pihak yang berkepentingan. Fasa seterusnya meliputi pemikiran (think), iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih mendalam dan mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan. Pada fasa terakhir, penyelidik bertindak (act), iaitu menghasilkan penyelesaian-penyelesaian yang praktikal terhadap masalah-masalah yang timbul. Ini merangkumi pengujudan pelan tindakan dan menentukan hala tuju seperti menentukan objektif, tugas, dan orang-orang yang akan melaksanakan objektif serta memperoleh sumber-sumber yang diperlukan. Ia juga termasuk melaksanakan pelan, menggalakkan orang menjalankannya dan menilainya dari segi keberkesanan dan pencapaian.



Rajah 2


    Terdapat perkembangan terkini di dalam kajian tindakan seiring perubahan dari masa ke semasa. Untuk maklumat lanjut, sila melawati laman web disediakan.



 Perkembangan Terkini Dalam Kajian Tindakan


0 comments: