DEVELOPING INNOVATION ON ONLINE LEARNING: AN ACTION RESEARCH FRAMEWORK
Kajian tindakan ialah metadologi tindakbalas situasi yang fleksibel yang menawarkan secara terperinci, suasana sebenar dan suara pendidik, pengamal dan pelajar.
(Cohen et. Al,2000).
Kajian tindakan adalah satu bentuk usahasama, siasatan rasmi secara mendalam yang diambil oleh penglibatan situasi sosial di dalam meningkatkan rasional dan keadilan tentang sosial mereka sendiri serta latihan pendidikan. sejajar dengan pemahaman tentang latihan dan situasi di mana latihan dijalankan (Kemmis & McTaggart,1988:5).
Kajian tindakan fokus kepada menyelesaikan masalah dalam kehidupan sebenar. Penghasilan pengetahuan tidak akan terjadi tanpa mengambil kira keseluruhan situasi. Siasatan rasmi berasaskan persoalan daripada situasi sebenar diterapkan dalam cara konvensional akademik di mana persoalan ditimbulkan dengan komuniti akademik di mana ianya terbahagi kepada profesional (Levin & Greenwood ,2001).
Buku ini adalah mengenai persekitaran pembelajaran secara dalam talian untuk membantu pembelajaran akademik. Kajian tindakan ialah metodologi yang fleksibel sebagai tindakbalas terhadap sesuatu yang menawarkan keperincian, keadaan sebenar dan suara para pendidik, pengamal dan pelajar (Cohen et. Al, 2000). Kemmis & McTaggart (1998) pula mengatakan: Kajian tindakan ialah satu bentuk usahasama, siasatan rasmi yang diambil dengan mendalam oleh mereka yang berada dalam situasi sosial di dalam meningkatkan rasional dan keadilan di dalam sosial dan latihan pendidikan; begitu juga pemahaman terhadap latihan dan situasi ini di mana latihan dibuat.
Kajian tindakan memfokuskan kepada penyelesaian masalah berkaitan masalah dalam kehidupan seharian. Pengetahuan tidak dapat dihasilkan tanpa mengambilkira keseluruhan situasi. Siasatan rasmi berdasarkan persoalan yang timbul daripada situasi sebenar dibuat mengikut cara pendidikan konvensional di mana soalan timbul dalam komuniti akademik di mana ianya dibahagikan kepada bahagian professional. Kemmis & McTaggart (1992) mengatakan:
- Ianya bukan pemikiran biasa guru tentang apa yang mereka fikirkan tentang pengajaran mereka. Kajian tindakan lebih sistematik dan kolaboratif di dalam pengumpulan bukti data berdasarkan refleksi kumpulan terperinci.
- Ianya bukan penyelesaian masalah yang mudah. Kajian tindakan melibatkan melihat masalah secara menyeluruh, bukan hanya menyelesaikan masalah saja. Ianya bukan bermula dari pandangan masalah sebagai patalogi. Ia sebenarnya dimotivasikan oleh permintaan untuk memperbaiki dan memahami perubahan dunia dan mempelajari bagaimana memperbaikinya daripada kesan yang dibuat.
- Ianya bukan kajian yang dibuat oleh orang lain. Kajian tindakan dibuat oleh orang berdasarkan kerja mereka sendiri, untuk membantu mereka memperbaiki apa yang telah mereka lakukan termasuk bagaimana mereka bekerja dengan orang lain.
- Kajian tindakan bukannya cara saintifik yang diaplikasikan di dalam pengajaran. Ianya bukan satu pandangan saja, tetapi banyak pandangan.
Terdapat langkah-langkah melaksanakan teknologi, bermula dengan pembangunan ko-kurikulum, rekabentuk arahan, perlaksanaan pembelajaran dalam talian serta penghantaran. Kitaran Pembelajaran Pengalaman Kolbs’, Kitaran Pembelajaran Pengalaman (Pfciff dan Ballew,1988a) Dan Model Kajian Tindakan Lewinian juga ditunjukkan di dalam buku ini. Model Pengurusan Pendidikan Kajian Tindakan (EMAR) atau Educational Management Action Research ialah sebuah rangka kerja kajian tindakan yang bermaklumat, di mana ianya diamalkan oleh pengamal kajian tindakan. Model EMAR ini terdapat empat asas pembinaan iaitu isi organisasi, model pedagogi, persekitaran pendidikan dan proses penilaian.
Buku ini turut menceritakan tentang model pedadogi bagi keperluan industri dan masyarakat. Kemahiran yang diperolehi ditambah pula dengan pembelajaran secara aktif dan kolaboratif digunakan di dalam aktiviti pembelajaran sebenar. Maka, model pedadogi berdasarkan pembelajaran dalam talian adalah berdasarkan membina filosofi sederhana, melibatkan pelajar, pengamal dan pengajar. Terdapat karakteristik pembelajaran akademik, konstruktivisma yang memperlihatkan pengetahuan dan realiti semulajadi, interaksi manusia semulajadi, persekitaran mewah bagi pembelajaran aktif (REALS) dan juga terdapat epistimologi vs model pedadogi.
Ianya turut menceritakan rekabentuk dan pembangunan persekitaran pembelajaran secara dalam talian. Terdapat model konseptual dan metodologi dalam rekabentuk sistem maklumat. Perubahan semulajadi turut berlaku dalam konteks pendidikan konstruktivisma. Terdapat rekabentuk Sistem Pendidikan Am (ESD) atau General Educational Systems Design (Nunes & McPerson,2003). Spesifikasi dan persekitaran yang agak kompleks mempengaruhi pembinaan rangka kerja. Terdapat juga refleksi dalam melaksanakan model pedagogi. Pembangunan rangka kerja melibatkan pendidikan dan pendekatan pembangunan sistem. Model pedadogi tradisional bagi pendidikan kampus digunakan secara meluas, dan menghasilkan beberapa isu atau cadangan. Pembelajaran dalam talian digunakan secara meluas dalam negara mahupun antarabangsa. Jadi, perancangan tindakan dan tindakan diambil bagi pembelajaran dalam talian yang disokong dengan teori dan latihan.
Terdapat juga tutor dan penghantaran pembelajaran dalam talian. Penghantaran pembelajaran dalam talian melibatkan konteks akademik, strategi tutor dalam talian dan kemahiran tutor. Model yang sedia ada memerlukan kajian dan memperbaikinya secara berterusan. Terdapat isu yang wujud hasil persekitaran pembelajaran dalam talian. Terdapat strategi mengajar untuk menyokong pembelajaran berdasarkan model pedadogi yang digunakan. Strategi yang dicadangkan merangkumi menangani masalah, kolaboratif dan pembelajaran berdasarkan kerja. Kerjasama dan kolaborasi dalam talian melibatkan aspek sosial dan teknikal. Pencarian maklumat menggunakan fasiliti dan jaringan maklumat digunakan secara meluas sekarang ini.
Proses penilaian pula dibenamkan di dalam model kajian tindakan dan ada dua strategi melibatkan penilaian sumatif dan formatif. Adanya kaedah pengumpulan data, rangka kerja kursus menilai dalam talian, asas rangka kerja penilaian dan kesan persekitaran pembelajaran berdasarkan ICT. Adalah diharapkan satu hari nanti, pembelajaran dalam talian akan dijalankan sepenuhnya dalam persekitaran pembelajaran.
USING ACTION RESEARCH TO IMPROVE INSTRUCTION
Apa itu kajian tindakan?
Kajian tindakan merupakan satu pendekatan berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme guru. Kajian ini merujuk kepada penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru di dalam bilik darjah. (Ellot & Adelman:1976).
Satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amala-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif. (McNiff: 1988).
0 comments:
Post a Comment