BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 2, 2009

Aktiviti 13: Tugasan 4 Kajian Tindakan

Berdasarkan kursus Psikologi Pendidikan/ Kaedah Mengajar/ Penaksiran Pembelajaran: 

1) Teori-teori/ strategi, kaedah yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah dalam kajian yang dirangka adalah:

Kaedah: Satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa pendek.


Kaedah pengajaran: Cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Edward M. Anthony mengatakan kaedah –kaedah yang dipilih untuk proses P&P harus bersandarkan kepada suatu pendekatan yang berkaitan dengan model, konsep atau teori pembelajaran.

Di antara kaedah-kaedahnya ialah:

Kaedah-Kaedah Pengajaran Berpusatkan Pengajar (Teacher-Centered)
1.Syarahan/Kuliah (Lecture)
2.Demonstrasi (Demonstrations)
3.Perbincangan Panel (Panel Discussion)
4.Soal Jawab (Questions & Answers)
5.Pembentangan (Presentations)
6.Lawatan Bimbingan (Guided Tour)

Kaedah-Kaedah Pengajaran Berpusatkan Pelajar (Learner-Centered)
1.Perbincangan Kumpulan (Group Discussion)
2.Simulasi (Simulations)
3.Latihan Aprentis (Apprenticeship)
4.Main Peranan (Role Play)
5.Kajian Kes (Case Studies)
6.Sumbang Saran (Brainstorming)
7.Pembelajaran Jarak Jauh (Distant Learning)
8.Lawatan ke Lapangan (Field Trip)

1. Kaedah inkuiri
Guru menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen. Dalam hal ini, guru memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya dengan lebih mendalam berdasarkan pengetahuan sedia ada dan kemahiran asas yang dikuasai.


Tujuan penggunaan:
  • Mengukuhkan strategi pengajaran yang dibina.
  • Mengenalpasti unsur-unsur penting untuk melakukan inkuiri bercorak intelektual.
  • Menganalisis beberapa implikasi penggunaan strategi guru, bilik darjah dan kesesuaian kokurikulum.
  • Membina kemahiran kepada guru untuk mempersembahkan bentuk pengajaran yang lebih berkesan dan bermakna.
Jenis inkuiri:

A)    Inkuiri Terbimbing
Guru membimbing murid dalam meneroka sesuatu permasalahan, generalisasi, ramalan atau hipotesis yang muncul. Guru memandu murid membentuk soalan kajian dan melaksanakan kajian berdasarkan langkah-langkah yang dirancang sehinggalah suatu rumusan ditemui.

B)    Inkuiri Terbuka
Guru tidak memberi bimbingan kerana segala dapatan dan rumusan bergantung kepada kajian itu sendiri kerana segala maklumat dan jawapan sudah terdapat dalam kajian berkenaan. Ianya banyak dipraktikkan di peringkat pengajian tinggi.

Implikasi penggunaan:

·         Mendorong sikap pelajar belajar secara kendiri.
·         Penglibatan pelajar sepenuhnya dalam pengajaran guru.
·         Mempertajamkan fikiran di samping mengembangkan kemahiran intelek.
·         Memberi kesempatan kepada pelajar untuk mengkaji, menilai dan menyagkal pendapat dan pandangan orang lain mengenai sejarah dengan mengemukakan hujah dan bukti.

2. Kaedah Perbincangan
Teknik perbincangan adalah satu teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Sewaktu perbincangan dijalanlan, murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan pandangan, atau pendapat mereka mengenai sesuatu topik, sambil guru memandu serta mengarahkan pandangan-pandangan mereka ke satu prinsip atau pendapat menyeluruh.

Melalui teknik ini, murid-murid dapat memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir dengan jelas, mengutamakan pendapat-pendapat di samping bekerjasama dengan murid-murid lain untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan masalah perbincangan. Dengan cara ini, penglibatan murid dalam pembelajaran amat menggalakkan. Pelajar akan kelihatan lebih cergas, berani dan tegas.

Bahan-bahan harus yang disediakan oleh guru perlu mempunyai skop yang khusus sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Selain itu, guru perlu hadkan topik perbincangan dan terangkan sesuai mengenainya bagu membolehkan murid-murid memahami apa yang dikehendaki dan dapat dibincangkan perkara itu dalam jangka masa yang dijangkakan. Dalam masa yang sama, guru harus bijak memberikan ruang dan menggalakkan murid-murid agar mereka berminat untuk berkerjasama serta mengemukakan soalan-soalan yang akan dapat mencungkil fakta-fakta dan mendorongkan murid-murid berfikir.


Perbincangan kumpulan ialah pertukaran ide-ide secara verbal, pendapat atau pandangan, perkara utama dan persepsi dengan tujuan untuk menjelas dan memperkayakan pemahaman keatas pengisian sesuatu kursus.

Mengapa ada Perbincangan Kumpulan?
1.Untuk memberitahu.
2.Untuk menggiat dan merangsang.
3.Untuk mengetahui pendapat/pandangan lain.
4.Untuk memajukan kreativiti.
5.Untuk berkongsi ide.
6.Untuk memajukan kerjasama.

Bagaimana Kawal Aliran Perbincangan?
1.Bertanya soalan (factual, evaluative, interpretive).
2.Soalsiasat untuk mendapat maklumat lanjut (follow-up, repeat, prompt).
3.Guna bahasa badan.
4.Berdiam diri. 

Prosedur Perlaksanaan:

Terdapat lima peringkat dalam melaksanakan kaedah perbincangan iaitu:

1)     Perancangan-bidang yang menjadi perhatian.
2)    Penetapan tajuk-menetapkan tajuk yang sesuai. Menerangkan matlamat dan tujuan.
3) Peringkat perkembangan-aktiviti perbincangan. Setiap ahli kumpulan mengambil bahagian secara aktif. Pencatat membuat catatan. Guru mengawasi perjalanan perbincangan. Dalam suasana gembira, menyeronokkan dan semangat kerjasama.
4)   Peringkat rumusan-sesi pengukuhan melalui perbincangan lanjut. Pencatat membuat laporan.
5)     Peringkat penutup-guru membuat rumusan. Pelajar membuat catatan.

Implikasi Penggunaan:
  • Murid dapat belajar secara aktif.
  • Memperkembangkan kemahiran belajar.
  • Bertutur dengan intonasi dan gaya yang betul.
  • Mengukuhkan kemahiran berkomunikasi secara berkesan.
  • Menggalakkan pelajar bekerjasama dan berkongsi pendapat.
  • Kemahiran mendengar dan memahami sesuatu perbincangan.
  • Mewujudkan sikap suka membaca kerana perlu membuat rujukan.
  • Melatih mengeluarkan pendapat dan buah fikiran secara logik dan dan matang.
  • Melatih pelajar bekerjasama dalam mencapai matlamat dan menyelesaikan masalah.
  • Meningkatkan kemahiran pelajar untuk mengeluarkan pendapat dan hujah yang bernas dan tersusun.

Teknik-Teknik Memimpin Perbincangan
●Penyusunan tempat perbincangan (room arrangement)
●Suasana yang selesa - tidak mengancam (non-threatening atmosphere)
●Memerhatikan bahasa badan (observe body language)
●Rancang soalan-soalan kunci terlebih dahulu (plan key questions in advance)
●Minta pelajar menulis respon-respon sebelum bertanya soalan
●Guna masa menunggu bersesuaian (use appropriate wait time)

Teknik-Teknik Menyoal
(Questioning Techniques)
●Clarifying●Redirecting
●Probing
●Reviewing
●Paraphrasing

3. Kaedah Sumbangsaran
Teknik ini juga dikenali sebagai percambahan fikiran (brainstorming).
Teknik ini berbentuk perbincangan dan ia membolehkan setiap ahli kumpulan berfikit secara kreatif dan aktif. Otak diperah untuk berfikir tanpa batasan dan dalam proses ini, idea-idea , pendapat dan pandangan yang dikemukan tidak boleh ditolak, walaupun idea-idea tadi kurang memuaskan dan tidak bermutu. Idea-idea itu harus diterima dan diperkemas kemudiannya. Murid-murid digalakkan menghuraikan pendapat-pendapat yang telah dikemukakan. Perkara yang dicadangkan oleh seorang murid diperkembangan oleh murid-murid lain sehingga idea atau pendapat tadi mengembang keperingkat yang lebih tinggi.

Tujuan digunakan:

  • Memastikan kedua-dua pihak (guru dan murid) bersedia dengan topik yang dibincangkan.
  • Mencungkil idea bernas daripada murid.
  • Membincangkan topik berkenaan dengan lebih luas dan telus.
  • Mewujudkan perasaan kekitaan semasa sesi ini berlangsung.
  • Membangkitkan rasa selesa ketika memberi pandangan atau idea tanpa rasa formal.
  • Melahirkan hubungan yang lebih akrab kerana mungkin ramai murid rasa bebas untuk mengajukan soalan atau berkongsi pendapat.
4. Kaedah Main Peranan
Teknik main peranan adalah satu teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ‘ambil peranan’ yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan sentiasa pula dikelolakan dalam situasi kumpulan. Melalui teknik ini, murid-murid dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. Teknik ini melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran yang diajar oleh guru.


5. Kaedah Simulasi.

Teknik simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar. Ia memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Contoh simulasi ialah lakonan dan perbahasan.

Kelebihan kaedah:

  • Mendorong ke arah kemahiran membuat imaginasi, generalisasi, pertimbangan, futuristik, sintesis dan menghubungkan sesuatu peristiwa secara lisan.
  • Meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap setiap unit pembelajaran yang terlibat.
  • Menjamin perkembangan pengetahuan seperti sejarah, ekonomi, politik dan sebagainya kerana ianya menitikberatkan aspek afektif.
  • Membantu mengatasi masalah perbezaan individu dari segi kebolehan dan pencapaian.
  • Mewujudkan tahap keinginan yang tinggi untuk belajar melalui kaedah ini kerana ia mencungkil bakat dan kebolehan semulajadi.
6. Kaedah pengajaran berpandukan Kognitif (CGI- Cognitively Guided Instruction)
Pengajaran Berpandukan Kognitif merupakan satu pendekatan dalam pengajaran matematik yang menggalakkan suasana pembelajaran aktif (active learning) ,yang bermakna (meaningful), dapat membina pemikiran aras tinggi, berkesan dan berasaskan penyelidikan.Para guru menggunakan pendekatan pengajaran berpandukan kognitif berhasrat membantu pelajar untuk belajar secara lebih bermakna dan mengembangkan pemikiran aras tinggi. Dengan cara ini dapat membantu mereka membina apa yang pelajar tahu dan membantu mereka belajar dari rakan dalam kumpulan masing-masing. Dalam mengaplikasikan pendekatan pengajaran ini para guru perlu tahu dan memahami bahawa strategi-strategi yang digunakan oleh pelajar dalam penyelesaian masalah sebelum mereka diajar prosedur-prosedur formal.


7. Kaedah Syarahan/Kuliah (Lecture)
Syarahan atau kuliah bukannya satu ucapan formal. Ianya melibatkan perancangan dan penyampaian sesuatu persembahan dalam kelas yang mengutamakan kepentingan interaksi antara pengajar dengan pelajar. Berikut adalah cadangan atau panduan dalam membuat persediaan dan penyampaian syarahan/kuliah yang berkesan. Sesuatu syarahan/kuliah terbahagi kepada tiga (3) fasa ia itu; pengenalan, pengisian kuliah (isi kandungan), dan penutup.

8. Kaedah Kolaborasi
Pembelajarn kolaborasi mengutamakan prinsip pengajaran, pembelajaran dan pengetahuan. Aspek utama di antara ketiga konsep itu ialah pengetahuan kerana ia menggabungkan interkasi yang tidak dihubungkan oleh guru kepada muridnya. Ini bermakna aktiviti pengajaran terhasil daripada latar belakang atau pengetahuan sedia ada. Tugas guru ialah mewujudkan suasana supaya murid dapat menghasilkan bahan sendiri melalui dapatan yang berguna. Hasilnya murid akan memahami apa yang dicari, konseptual dan pengekalan maklumat yang diperoleh sehingga kesemua ini menghasilkan pemikiran yang kritis dan kritikal. Kaedah ini juga melibatkan aktiviti yang dijalankan di dalam kumpulan yang kecil bekerja bersama-sama dalam satu projek yang dirancang dalam bilik darjah.

Empat ciri utama kaedah kolaboratif:

  • Perkongsian pengetahuan dalam kalangan guru dan murid-guru memiliki pengetahuan yang baik dan ada kemahiran dalam mengajar. Selain itu, guru turut menghargai dan menggunakan pengetahuan peribadi dan pengalamannya.
  • Perkongsian kuasa antara guru dan murid-guru bertanggungjawab menentukan matlamat dan objektif, menyiapkan tugasan dan menilainya.
  • Guru sebagai perantara/fasilitator.
  • Kelompok murid secara heterogen-murid-murid tidak diasingkan mengikut kebolehan yang sepatutnya, minat dan pencapaian kerana ini akan menghalang peluang murid untuk belajar.
2) Bina kerangka teoritikal/ konseptual / operasional kajian


Interprestasi dan analisis data penyelidikan kerangka
- tidak kira apa jenis penyelidikan, anda perlu memungut data>untuk menyokong hujah anda- menggunakan pendekatan saintifik berdasarkan dengan pemungutan, analisis dan interprestasi data- data adalah sejumlah/sekumpulan maklumat yang dikumpul dan digunakan untuk menentukan, memilih topik, hipotesis atau pemerhatian.- Dalam data ada perhub erat antara kerangka pembolehubah dan instruments.


Kerangka
- adalah satu abstrak yang tidak boleh diperhatikan secara langsung.- Ia digunakan untuk membuat penjelasan perlakuan seperti inteligent, personaliti, ability dan creativity.- Mesti didefinisikan secara operational, didalam progress atau operation yang boleh di perhatikan atau diukur.- Apabila kita di definisikan secara khusus, ia menjadi pembolehubah

Pembolehubah
- Adalah i konstruk yang boleh menerima dua atau lebih nilai atau jumlah- Dan manusia /sample berbeza-beza atau berubah-ubah- Terdapat banyak perbezaan pendekatan dan instrument untuk mengukur pembolehubah- Instrument adalah alat untuk mengumpul data- Boleh diwakilkan dengan pelbagai pengukuran, identified as categorical or qualitative,dependent or independent


(http://www.scribd.com/doc/21174108/nota-asas-penyelidikan-dalam-pendidikan)

    Idea tentang kerangka teori dan kerangka konsep adalah saling berkait dengan kerangka kajian. Pada asasnya, kerangka kajian merujuk struktur idea yang abstrak atau logik yang memandu perancangan, pelaksanaan, dan laporan sesuatu kajian. Ia merupakan struktur yang mencantumkan bahagian-bahagian dalam sesuatu kajian untuk membentuk satu keseluruhan. Menurut Ary, Jacobs dan Razavieh (1996) dan Merriam (1998), kerangka kajian adalah satu unsur yang sangat penting dalam sebarang kajian. Misalnya, kerangka kajian membekalkan landasan bagi sesuatu kajian dengan menjelaskan pendekatan yang digunakan dalam kajian tersebut. Ia boleh dianggap sebagai tempat rujukan yang menyediakan konteks bagi meneliti masalah atau soalan yang menjadi fokus sesuatu kajian. Kerangka kajian mewarnai seluruh aspek kajian yang dijalankan. Ia merangkumi garis panduan tentang perkara yang akan dan tidak akan dikaji dalam sesuatu kajian dan cara untuk mengkaji perkara tersebut. Kerangka kajian boleh berbentuk teori atau konsep. Ia memandu semua aspek kajian, termasuk proses mengenal pasti metodologi yang akan digunakan dalam kajian (reka bentuk kajian), pemilihan subjek kajian (pensampelan), jenis maklumat yang akan dikumpulkan dan cara mengumpul maklumat tersebut (pengumpulan data), cara mentafsirkan maklumat (analisis data), dan cara melaporkan hasil kajian (laporan kajian). Kerangka kajian juga membolehkan penyelidik menghubungkaitkan hasil kajian dengan himpunan pengetahuan yang sudah mantap. Dalam konteks ini, wajarlah kebanyakan jurnal penyelidikan menetapkan bahawa artikel yang hendak diterbitkan mestilah mempunyai kerangka kajian yang jelas.



(http://www.scribd.com/doc/21174108/nota-asas-penyelidikan-dalam-pendidikan)

Definisi Kerangka Operasional Kajian
 
Menjelaskan perkataan tertentu dalam kajian yang meragukan pemahaman bukannya mendefinisikan tajuk kajian. Cara untuk mendefinisikan ialah dengan memilih perkataan dan berikan definisi mengikut fahaman penyelidik bukannya berdasarkan kamus.


Definisi Kerangka Konseptual

Dalam kerangka konseptual, hal utama yang perlu dititikberatkan adalah hubungan suatu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain, terutamanya pembolehubah yang penting.
Kerangka konseptual dilakukan dengan mengemukakan bagaimana hubungan pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah bersandar. Hubungan ini mestilah mempunyai sokongan secara ilmiah seperti dari sumber-sumber rujukan ilmiah. Cara yang paling mudah ialah dengan mengambil kesimpulan daripada kajian orang lain yang relevan dengan pembolehubah yang dikaji.
 

Definisi Teoritikal Kajian
 
Kerangka teoritikal menentukan persoalan kajian yang hendak dilakukan. Ia menjadi panduan bagi menentukan orientasi penyelidikan yang akan dilakukan. Ia juga mengenal pasti apa yang menjadi minat pengkaji, soalan-soalan yang berlegar-legar di mindanya dan yang menjadi teka-teki. Satu kaedah untuk menentukan kerangka pemikiran ialah melalui tinjauan literasi dengan pembacaan yang berkait rapat dengan tajuk yang sedang dikaji. Tajuk jurnal, kata kunci dan maklumat-maklumat lain yang didapati sepanjang pencarian berkenaan, penyelidik akan berjumpa dengan konsep, model dan teori yang berbagai-bagai jenis. Yang boleh dibuat ialah memberi pengkelasan terhadap hasil dapatan tersebut untuk menjadi kunci utama kepada kerangka teoritikal nanti.

Kerangka Teoritikal yang digunakan ialah:

Teori Metakognitif
Merujuk kepada proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia. Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak untuk memahami rangsangan luar yang diterima melalui deria, membentuk konsep, membuat tafsiran, dan tindak balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan.


Mayor (1977)~ mentafsirkan pemikiran sebagai pengelolaan operasi-operasi mental dalam sistem kognitif dan digunakan untuk menyelesaikan masalah.

Teori Pembelajaran Berstruktur

-Melibatkan cara yang formal untuk menyampaikan kandungan pembelajaran
-Melibatkan teori kognitif
-Melibatkan kaedah untuk mengenalpasti pengetahuan dan gelagat seseorang
-Merupakan satu teori pengajaran guru yang dapat mempengaruhi pembelajaran pelajar.

Teori menyatakan bahawa setiap input akan menghasilkan output. Input boleh terdiri daripada apa-apa sahaja, konsep, proses atau idea. Apa-apa sahaja elemen input dan output akan menunjukkan sebagai hirarki sesuatu elemen. Ini bermaksud, sesuatu input itu adalah dikatakan sebagai pemboleh ubah (variable) manakala, output pula merupakan nilai unik yang terhasil daripada proses (operational) yang juga dikenali sebagai hukum (Strutural Learing Theory’s rules ).

Teori Pembelajaran Tingkahlaku

Teori pembelajaran tingkahku mentafsirkan pembelajaran sebagai satu perubahan di dalam tingkahlaku seseorang dalam suatu situasi. Teori ini mementingkan hubungan antara sebab dan akibat atau rangsangan gerak balas. Teori ini sesuai digunakan untuk menyampaikan pengetahuan kepada pelajar serta membina kemahiran-kemahiran dikalangan pelajar di mana pengetahuan dan kemahiran yang diajar dibahagikan kepada beberapa unit-unit kecil kemudian disampaikan satu demi satu dan diperkukuhkan secara sistematik sehingga prestasi pelajar mencapai pada tahap yang diingini. Perubahan tingkahlaku dapat dilihat dengan menyediakan ganjaran untuk prestasi yang baik dan hukuman untuk yang sebaliknya.

Aktiviti 12: Pemurnian

Berdasarkan maklum balas, buat penambahbaikan pernyataan masalah, tujuan dan objektif kajian.
Tugasan Teknologi Maklumat Melalui Perdekatan Kontekstualisme
Matlamat Kajian:
Memberi pengukuhan dan kekuatan terhadap kemahiran asas pelajar dalam bidang teknologi maklumat agar boleh menjadi sumber penghasilan tugasan Bahasa Melayu dan perdagangan yang lebih bermutu.
Objektif Kajian:
1) Meneroka tahap pengetahuan pelajar dalam bidang teknologi maklumat
2) Menilai penerimaan pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di sekolah
3) Mencungkil daya kreatif dan inovasi pelajar dalam mencorakkan penggunaan teknologi maklumat.
Pernyataan Masalah:
1) Bagaimana tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di sekolah
2) Adakah terdapat perubahan minat pelajar terhadap proses P&P dengan pengaplikasian teknologi maklumat.
3) Sejauh mana pengetahuan sedia ada dan pengalaman pelajar dalam teknologi maklumat dapat membantu pembelajaran pelajar dalam subjek Bahasa Melayu dan Perdagangan di sekolah.

Aktiviti 11: Ulasan Jurnal

TEACHER MISCONCEPTIONS AND UNDERSTANDING OF COOPERATIVE LEARNING: AN INTERVENTION STUDY
SALAH KONSEP DAN PEMAHAMAN GURU MENGENAI PEMBELAJARAN KOOPERATIF : SATU HALANGAN KAJIAN
Mary Koutselini
University Of Cyprus, Nicosia, Cyprus

ABSTRAK:
Kajian ini mengenai guru sekolah  menengah di Cyprus. Ianya mengenai mendedahkan konsep guru mengenai pembelajaran kooperatif, membantu guru melalui simulasi pembelajaran kooperatif untuk membina sifat yang membezakannya dengan kumpulan kerja tradisional. Guru sebelum kajian ini mempuyai tanggapan buruk pada pembelajaran kooperatif kerana mereka tidak tahu bagaimana hendak memastikan kolaborasi, kejelasan dan interaksi antara pelajar. Sikap mereka berubah sepanjang kajian kajian tindakan dan berlaku simulasi pembelajaran kooperatif mendedahkan karakteristik dalaman dan luaran.

Tujuan kajian ini mengenai:
1) Mendedahkan tanggapan guru mengenai pembelajaran koperatif.
2) Membantu guru melalui simulasi pembelajaran kooperatif bagi membina ciri yang berbeza daripada kumpulan kerja tradisional.

Hasil Dapatan Kajian:
1) Keputusan kajian mendapati bahawa guru bersikap negatif tentang pembelajaran kooperatif kerana mereka tidak tahu bagaimana hendak memastikan kolaborasi, jelas dan interaksi di antara ahli kumpulan
2) Sikap mereka berubah sepanjang pembelajaran kajian tindakan
3) Simulasi pembelajaran kooperatif  mendedahkan sikap dalaman dan luaran untuk mengetuai hasil pembelajaran pelajar. 

Latarbelakang Teori:
1) Apakah salah konsep yang dialami guru sehingga menyebabkan mereka keberatan menggunakan kolaborasi sebagai proses pengajaran guru di dalam kelas mereka?
2) Bolehkah mereka mengubah kefahaman dan sikap mereka terhadap pembelajaran kooperatif di dalam persekitaran pembelajaran yang sebenar?

Pembelajaran koperatif ialah situasi P&P di mana pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil dan pembelajaran dalam satu kumpulan. Mngikut Johnson dan Johnson (1998) kumpulan kecilini terbahagi kepada empat bahagian:

1) Kumpulan samaran (Pseudo groups)
Ahli kumpulan yang ditugaskan dalam satu kumpulan, tetapi ada yang ada sikit minat atau tiada minat langsung untuk bekerjasama dalam satu kumpulan. Ahli kumpulan ini sekadar menumpang.Iaya hanya akan membebankan ahli kumpulan yang lain.

2) Kumpulan tradisional
Ahli kumpulan bersetuju bekerjasama tetapi ada yang lebih gemar gemar buat secara berseorangan.

3) Kumpulan koooperatif
Kumpulan yang komited dengan tujuan mereka dalam mencapai kejayaan secara kumpulan.

4) Kumpulan Kooperatif Pencapaian Tinggi (High-performance Cooperative Groups)
Kumpulan yang menepati semua kriteria yang diperlukan bagi kumpulan kooperatif dan menepati semua sasaran.

Persoalan Kajian:
Yang mana satu berdasarkan situasi di sekolah?

Metodologi:
1) Untuk menerokai sifat peserta mengenai pembelajaran kooperatif, dan memahami sebab untuk menggunakannya.

2) Untuk menyiasat kemungkinan salah konsep guru tentang pembelajaran kooperatif.

3) Untuk membezakan pembelajaran koperatif dengan kumpulan kerja.

4) Untuk meyelia tanggapan dan konsep pembelajaran di dalam persekitaran sebenar.

5) Untuk membina pengetahuan baru tentang pembelajaran kooperatif dengan pengalaman kerja secara berkumpulan.

Setting Kajian:
Di sekolah. 

Sampel/subjek:
Seramai 94 guru sekolah menengah terlibat. (58 perempuan, 34 lelaki). Mereka mempunyai pengalaman mengajar di antara dua sehingga lima tahun. Mereka dibahagi kepada empat kumpulan:
1) Kumpulan pertama:28 guru Bahasa Greek (Psikologi)
2) Kumpulan kedua:24 guru Bahasa Inggeris
3) Kumpulan ketiga:20 guru Matematik
4) Kumpulan keempat:22 guru matapelajaran Fizikal

Pengumpulan Data:
Dalam enam kali perjumpaan empat jam setiap kali perjumpaan pada setiap minggu. Ianya direka berbentuk kajian tindakan.

Kitaran 1: Guru mengenalpasti dan menulis deskripsi awal sikap mereka serta salah faham mereka.
Kitaran 2: Peserta membuat senarai semak untuk menguji sikap dan pengetahuan.
Kitaran 3: Peserta membuat simulasi kumpulan kerja dan refleksi di atas proses kerja. Begitu juga dengan keputusan akademik.
Kitaran 4: Fokus kepada pengalaman pembelajaran kooperatif.
Kitaran 5: Peserta mengenalpasti dan membuat refleksi diri pada karakteristik dalaman dan luaran pembelajaran kooperatif, andaikan perkara yang paling penting dalam berdikari dan jelas dalam kumpulan.
Kitaran 6: Menyiapkan senarai semak sebagai ujian dan refleksi ke atas pengalaman mereka dalam pembelajaran kooperatif.



Rangka Kerja Teori/model:
Ianya menggunakan model Carl & Kemmis(1986); Koutselini (2008) dan Reason & Bradbury (2001). Rangka kerja teori dikenalpasti hanya selepas pemahaman holistik mengenai data, idea dan sikap ditunjukkan dalam menyediakan rangka kerja. Peserta berkongsi pengalaman dan pemahaman mereka serta bersedia berubah tentang pengetahuan terdahulu mereka. Menggunakan Kaedah Kooperatif Terhimpit (The Cooperative Sandwich Method). Turut dikenali sebagai Kaedah Piramid Berundur (The Diverse Pyramid) dimana piramid dipenuhi idea yang diperolehi daripada hasil usahasama peserta. Dengan menggunakan Kaedah Kooperatif Terhimpit:
1)      Peserta menulis sebanyak mungkin idea.
2)     Mereka berkongsi idea bersama pasangan dan menulis senarai idea.
3)     Perjumpaan dalam empat kumpulan, berbincang apa yang telah mereka tulis untuk memurnikan senarai.
4)     Mereka berkongsi dapatan.

Hasil Dapatan Senarai Semak Pembelajaran Kooperatif:
Pernyataan digunakan pada awal, ujian dan rumusan. Peserta menjawab ya atau tidak berdasarkan senarai semak kooperatif. Hasilnya, pembelajaran kooperatif ialah:
1) Menggunakan banyak masa.

2) Halangan untuk menampung isi kandungan.
3) Tidak sesuai kaedah pembelajaran bagi semua orang.
4) Tidak sesuai bagi tugas akademik yang susah.
5) Tidak sesuai bagi gaya pembelajaran pelajar.
6) Pelajar tidak suka pembelajaran kooperatif.
7) Pelajar berpencapaian tinggi tidak suka pembelajaran kooperatif.
8) Pelajar berpencapaian rendah tidak suka pembelajaran kooperatif.
9) Pelajar tidak bermotivasi tidak suka pembelajaran kooperatif.
10) Ibubapa tidak suka pembelajaran kooperatif.
11) Guru berpengalaman tidak suka pembelajaran kooperatif.
12) Meningkatkan kemahiran kinestetik.
13) Meningkatkan kemahiran kognitif.
14) Meningkatkan kemahiran sosial.
15) Menyokong sikap/tanggapan.
16) Mencipta masalah displin.
17) Menampung masalah sosial.
18) Menampung pertanyaan daripada pelajar.
19) Memberi peluang pada pelajar tidak bermotivasi untuk tidak buat kerja.
20) Pelajar berpencapaian tinggi sahaja yang bekerja dalam menyiapkan tugas.
21) Digunakan sebagai aktiviti tambahan di akhir pengajaran.
22) Salah satu proses utama pembelajaran.

Keputusan:
Jawapan positif diperolehi kepada persoalan ”bolehkah guru mengubah pemahaman dan sikap tentang pembelajaran kooperatif dalam persekitaran sebenar?”
a)     Pemahaman yang lebih baik bagi struktur pembelajaran kooperatif.
b)     Pemahaman perbezaan antara kumpulan mudah dan pembelajaran kooperatif.
c)      Meningkatkan keyakinan dalam mengaplikasikan pembelajaran kooperatif.
d) Pencapaian tertinggi akademik bekerja dalam kumpulan kooperatif berbanding kumpulan kerja mudah.

Perbincangan:
Guru sebelum ini mempunyai salah konsep dan kekeliruan idea tentang pembelajaran kooperatif yang menghalang mereka dari menggunakannya dalam pengajaran. Interaksi antara mereka dapat mengubah pengetahuan mereka tentangh pembelajaran kooperatif. Pengalaman mereka ketika belajar dan mengajar ditambah pula pendidikan hanya menekankan pencapaian akademik semata-mata tidak membenarkan mereka mencuba pendekatan pengajaran yang baru. Mereka jga tidak jelas tentang teori pembelajaran kooperatif sebelum ini. Pada akhir kajian, peserta yang terdiri daripada guru ini bersetuju bahawa perubahan dalaman di antara individu dan kolaborasi merupakan komponen penting dalam pembelajaran kooperatif. Sekiranya kita memberikan pelajar masa untuk berkerja secara individu, dan membenarkan mereka melahirkan perasaan mereka sendiri tentang maklumat atau tugas yang diberi, mereka akan lebih mahu dan suka mendengar kepada orang lain (McManus & Gettinger,1996). Semua orang mempunyai motivasi, nilai, pengetahuan latar belakang dan kemahiran.

Kesimpulan:
Kajian ini dapat mengubah perspektif negatif kepada positif. Kurang pengalaman berhubung perbezaan perbezaan di antara kumpulan pembelajaran kooperatif dan kumpulan Pseudo@ kumpulan tradisional mengundang kepada salah konsep yang menghalang guru menggunakan pembelajaran kooperatif sebagai prosedur pembelajaran dan keputusan yang menarik. Perubahan konseptual daripada salah konsep kepada pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman dan perubahan sikap dari penolakan kepada membina motivasi dan percayakan nilai pembelajaran kooperatif sebagai rumusan utama.

ACTION RESEARCH: AN APPROACH FOR THE TEACHERS IN HIGHER EDUCATION
KAJIAN TINDAKAN: SATU PENDEKATAN BAGI GURU DI PENDIDIKAN TINGGI
Ghazala Yasmeen
Dept. of Physiology, University of Karachi

ABSTRAK:
Pengenalan:
Kajian tindakan ialah kajian formatif tentang perkembangan yang biasanya diamalkan guru di sekolah. Kebiasaannya kajian tindakan adalah proses lingkaran yang mana melibatkan penyiasatan masalah, mengambil tindakan dan pencarian fakta mengenai keputusan tindakan. Ianya membolehkan guru mengadaptasi keberkesanan strategi berdasarkan persekitaran pengajaran itu sendiri.
Objektif:
Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji keberkesanan dan kelebihan kajian tindakan pada tahap pendidikan tinggi. Statistik-Bio merupakan subjek yang susah, dan tidak diminati oleh kebanyakkan pelajar sains dipilih sebagai kajian ini.
Metodologi:
Praktikal kajian tindakan (salah satu mod) dipilih sebagai skema kajian untuk mengenalpasti masalah utama oleh pelajar ini. Di tahap universiti, telah ramai menggunakannya.  Mengikut persekitaran pendidikan, penyelesaian telah dikenalpasti dan keputusan dinilai mengikut tempoh. Setiap masa pengubahsuaian dibuat oleh komunikasi bersemetri kepada pelajar tanpa sebarang cubaan bagi menghasilkan proses hasil.
Keputusan:
Tindakbalas pelajar dari segi kelakuan dan penilaian bilik darjah menunjukkan perubahan positif di dalam minat dan pemahaman subjek.
Kesimpulan:
Kajian melibatkan semua tahap pendidikan, kajian tindakan boleh digunakan untuk meningkatkan hasil pembelajaran/pengajaran dan boleh dipraktikkan oleh universiti sebagai kepentingan strategi pendidikan.

Pengenalan:
Latar belakang sejarah:
Kurt Lewis dikenali sebagai ’bapa’ kajian tindakan (Kemmis & McTaggart,1990; Zuber-Skerrit, 1992 & Hotler & Schwartz-Barcott,1993), orang yang menemui terma kajian tindakan dalam kajiannya masalah minoriti (Kurt,1946). Fungsi dalam sistem pendidikan dengan Sains di dalam pergerakan pendidikan pada lewat abad ke-19 di mana kaedah saintifik diaplikasikan di dalam pendidikan (Masters,1995). Kajian tindakan ialah kajian formatif perkembangan yang semudah  ”belajar dengan melakukan”.

Komponen Asas:
Rancang, bertindak, memerhati dan refleksi merupakan lingkaran proses kajian tindakan (Dan,1995).  Terdapat lima proses dalam Model Kajian Tindakan (Gerald Susman,1983).  Pertama diagnosis iaitu mengenalpasti masalah. Kedua, perancangan tindakan pula mempertimbangkan kursus alternatif tindakan. Ketiga, mengambil tindakan iaitu memilih kursus tindakan. Keempat, penilaian iaitu belajar daripada akibat tindakan dan yang kelima, pengkhususan pembelajaran ialah mengenalpasti dapatan am.

Prinsip:
Richard (1989) memberikan pandangan keseluruhan berdasarkan enam prinsip.
1)      Kritikan reflektif – Mengkritik dengan menggunakan nota, transkrip dan dokumen rasmi sebagai pertimbangan teori.
2)     Kritikan dialog -  Melakukan kritikan melalui perbincangan atau dialog.
3)     Sumber kolaboratif – Peserta berbincang bersama-sama.
4)     Risiko – Sebarang perkara yang mengahalang kepada penyeleseaian masalah.
5)     Struktur majmuk – Melibatkan pandangan, kemoen, kritikan memandu kepada pelbagai tindakan dan interpretasi.
6)     Teori, latihan dan transformasi – Bagi pengkaji tindakan, teori membabitkan latihan, latihan berdasarkan teori dan trasformasi berterusan.

Kaedah:
Sekarang ini, Kajian Tindakan Praktikal (Practical Action Research) telah digunakan di tahap universiti. Ianya dinamakan dengan nama yang berlainan termasuk: kajian  tindakan penglibatan, kajian tindakan kolaboratif, kajian tindakan dan lain-lain (O’Brien,2001).  Ianya memfokuskan dalam memperbaiki pembelajaran dengan proses refleksi, menyelesaikan masalah dan meneroka (McNiff,1988). Ianya juga sejenis lingkaran kajian tindakan (Mash & Meulenberg-Buskens,2001). PAR adalah subjektif dan tidak sentiasa semulajadi (Schensul,1999). PAR memerlukan pengiktirafan, boleh diadaptasi, kemanusiaan dan pendekatan holistik bagi menyelesaikan masalah (Brydon-Miller,1997).

Latarbelakang Kajian:
Kajian tindakan pendidikan telah diklasifikasikan kepada tiga kategori besar di mana guru adalah kajian guru, kajian kolaboratif dan kajian sekolah keseluruhan melibatkan objektif utama, persekitaran, peserta yang berminat dan kesan (Emily,1993). Kajian guru fokus kepada membawa perubahan di dalam kelas untuk membantu individu. Keputusannya penting bagi guru dan pelajar dan kesannya boleh memberi kesan kepada kelas. Kajian kolaboratif pula dikendalikan berdasarkan perubahan positif di dalam kelas, tingkatan, pasukan atau bahagian untuk membantu universiti, perkhidmatan pendidikan, agensi bagi meningkatkan peningkatan. Bagi kajian tindakan keseluruhan sekolah pula memperlihatkan pembaikan sekolah dan kawasan pembelajaran pelajar, disokong dengan kepimpinan sekolah serta agensi luar.

Objektif:
Untuk melihat keberkesanan, kelebihan dan kesahan kajian tindakan di tahap pendidikan tinggi sebagai sebahagian perancangan guru untuk meningkatkan pembelajaran pelajar.

Persoalan kajian:
1)      Pelajar mempunyai latar belakang yang lemah dan pertama kali didedahkan dengan subjek Biostatistik.
2)     Pelajar lemah di dalam konsep matematik dan pengiraan.
3)     Pelajar sukar untuk membuat penyelesaian dan kesimpulan.

Metodologi:
Melibatkan 45 pelajar B.Sc. (Honors)-III yang mengambil subjek Biostatistik. Persembahan kelas dipilih sebagai kriteria untuk transformasi. Sampel dipilih

LANGKAH
PERISTIWA
Pemerhatian
Pelajar hilang tumpuan dalam kelas Biostatistik. Mereka mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan masalh yang diberikan.
Diagnosis
Di dalam kelas, pelajar komited dengan situasi. Namun begitu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang diberi walaupun mereka dapat mengesan masalah yang ditimbulkan.
Perancangan tindakan
Pelajar diminta membuat sebanyak mungkin jalan penyelesaian. Berlainan pendekatan digunakan seperti menghafal formula, menulisnya setiap hari, membuat ujian berasingan dan sebagainya.
Tindakan
Pelajar mencatat formula di belakang buku nota dengan dua klu: di mana dan bagaimana menggunakannya. Mereka kadang-kadang membuat perbincangan kumpulan untuk menyelesaikan masalah yang diberi atau berbincang dengan guru.
Penilaian
Tugasan diberikan untuk menilai mereka. Kesalahan yang dibuat kini berkurangan dan tidak kerap. Mereka telah bekerjasama atau melakukan kooperatif di dalam pembelajaran. Mereka telah memahami konsep dengan baik.
Pembelajaran
Terdapat refleksi peningkatan minat sekiranya pelajar dilibatkan di dalam membuat keputusan di dalam strategi pengajaran guru, pembelajaran mereka lebih diperbaiki.
Jadual 1: Kaedah PAR (Dari Kemmis & McTaggert,1998)

Pemerhatian:
Pelajar telah dapat melakukan tugasan, soalan di dalam kelas dan latihan menyelesaikan masalah di dalam kelas.

Dapatan dan keputusan:
Kajian ini menunjukkan bagaimana PAR dapat digunakan di dalam kelas universiti pada tempoh yang singkat dan terhad. Pelajar lebih selesa skiranya mereka dilibatkan di dalam pembaikan pengajaran dan strategi pembelajaran oleh guru. Pelajar telah dapat belajar serta dapat menyelesaikan masalah. PAR yang dipraktikkan telah memberikan kesan pertama iaitu menghasilkan pengetahuan dan tindakan terus kepada kumpulan pelajar di dalam persekitaran kelas. Keduanya, ianya dapat memberikan idea kepada perancangan mengajar bagi kelas akan datang.

Perbincangan:
Kajian tindakan merupakan pendekatan terbaik dalam sistem pendidikan. PAR sesuai bagi pembelajaran dalam kelas universiti kerana ianya melibatkan pemahaman masalah serta penyelesaian yang terbaik (Hotler et al,1993). Ianya mengandungi tiga asas utama: kolaborasi, pendidikan bersama dan bertindak di atas persoalan asas dimana ianya relevan dengan situasi (Macaulay et al,1999). Kaedah ini juga ada kekangannya. Fasilitator perlu memantau bila perbincangan diadakan semua orang mendengar, toleransi dengan komen yang diberi dan menghormati antara satu sama lain. Memastikan penglibatan pelajar samada menulis ataupun perbincangan. Dia juga perlu memastikan setiap pandangan yang diberikan dirumuskan dengan memberikan kesimpulan yang terbaik kepada semua orang. Terdapat juga kekangan masa.

Kesimpulan:
PAR amat sesuai dijalankan di peringkat tertinggi pendidikan. Prinsip PAR ialah kolaborasi bersama, saling menghormati, pembelajaran bersama dan bertindak di atas inkuiri yang turut berhubungkait dengan perhubungan antara guru dan pelajar. Dengan PAR, dapat mempertingkatkan hasil pembelajaran secara berterusan.

EVOLVING A FACILITATION PROCESS TOWARDS STUDENT CENTRED LEARNING: A CASE STUDY IN COMPUTING 
PENGLIBATAN MEMUDAHKAN PROSES KE ARAH PEMBELAJARAN BERTUMPUKAN PELAJAR: SATU KAJIAN KES DI DALAM PERKOMPUTERAN
Gary Griffiths
Briony J Oates
Mike Lockyer
School of Computing
University of Teesside
Middlesbrough. TS1 3BA, UK

ABSTRAK:
Kajian ini mengenai pengalaman bertukar ke arah pembelajaran berpusat. Ianya menerangkan mengenai pendekatan kajian tindakan dan isi bagi modul tahap Master di dalam analisis sistem dan rekabentuk. Ianya turut membincangkan bahan yang disediakan sebagai alternative untuk mengajar, termasuk buku, set video, struktur kursus dan laman web. Pendekatan pengajaran asas digunakan untuk kemajuan pelajar. Ianya melibatkan pelajar bekerja melalui bahan berkenaan bagi meningkatkan kemajuan diri. Apabila pendekatan pengajaran asas telah digunakan, terdapat perkembangan yang kurang melalui markah minimum mereka serta kadar lulus. Maklumbalas pelajar melalui kertas soal selidik dikaji, bertumpukan bahan pengajaran, pendekatan pengajaran, kelebihan dan kekurangan. Secara amnya, pelajar gemarkan pendekatan pengajaran yang memberikan autonomi kepada mereka. Refleksi staf dan pelajaran yang dipelajari turut dipertimbangkan. Amnya, staf mengenalpasti masa mereka dengan pelajar dengan lebih produktif dan pelajar menjadi lebih berdikari. Kesimpulan dibuat dan isu am timbul daripada kerja yang dikenalpasti.



 
Pengenalan dan latar belakang:
Dalam pelbagai kaedah mengajar, syarahan paling kurang menunjukkan kesan efektif (Felder,1992). Didapati pelajar hanya mengingat 70% syarahan dalam masa 10 minit pertama dan 20% syarahan pada masa akhir 10 minit (McKeachie,1986). Dengan menggunakan kaedah berpusatkan pelajar:
  • Pelajar merupakan peserta yang aktif di dalam pelajaran. Kami tidak berikan syarahan formal, tetapi memberikan syarahan ulangkaji setelah tutorial.
  • Pelajar membuat keputusan bagaimana mereka belajar. Kami menyediakan pelbagai bahan pengajaran dan membenarkan pelajar memilih masa dan tempat mereka hendak belajar.
  • Kami menyediakan matlamat pembelajaran yang jelas dalam mengenalpasti proses pembelajaran. Laman web mengenalpasti proses pembelajaran dan menyediakan diari mingguan dalam talian akan cadangan aktiviti dan tugasan. Syarahan pertama meliputi filosofi, rasional, proses dan matlamat secara terperinci.
  • Pelajar membina pengetahuan baru dan kemahiran dengan membina pengetahuan dan kemahiran sedia ada. Kami menyediakan latihan tambahan sebagai tambahan latihan.
  • Pelajar memahami apa yang diharapkan dan terdorong mengukur diri sendiri. Kami membuat mengharapkan eksplisit di dalam syarahan asas, dalam laman web serta perjumpaan. Kami menyediakan langkah demi langkah dan pengukuran spesifik.
  • Kami mengenalpasti pelbagai gaya pembelajaran dan menyediakan pelbagai bahan.
  • Pelajar akan memantau pembelajaran mereka sendiri dan membangunkan strategi untuk belajar. Diari dalam talian membolehkan pelajar memantau perkembangan mereka. Mereka turut dapat memilih strategi mereka dalam syarahan asas mahupun dalam talian.

Metodologi:
Menggunakan kitaran lima fasa (Susman & Evered,1978), ianya meliputi diagnos, perancangan tindakan, mengambil tindakan, penilaian dan pengkhususan pembelajaran. Kajian ini juga berdasarkan paradigma filosofi interpretasi. Pengkaji interpretasi memberikan deskripsi yang terperinci agar pembaca juga dapat menilai bila situasi mereka sendiri mempunyai paparan yang sama, bermaksud dapat mungkin boleh jadi relevan juga.  Kajian ini menggunakan borang soal selidik serta pemantauan.

Kandungan pembelajaran:
Memulakan kajian pada tahun akademik 2000/1 pada modul ’Pembangunan Sistem IT’ pada MSc dalam Teknologi Maklumat. Modul dijalankan bagi satu semester, selari dengan modul lain, dengan tiga jam kelas seminggu.

Subjek:
40 orang pelajar Master dalam pelbagai displin (Pengurusan Perniagaan, Sejarah, Perkilangan). Kesemua pelajar belajar secara sepenuh masa. Memandangkan mereka nampak matang, lalu digunakan kaedah berpusatkan pelajar. Modul itu melibatkan kemahiran pelajar dalam menganalisa masalah dan membangunkan model analisis sistem menggunakan kaedah yang berstruktur. Modul digunakan seminggu kajian kes dimana pelajar bekerja di dalam kumpulan dan menganalisa masalah praktikal analisa sistem.

Matlamat tambahan kajian:
1)      ...menggunakan kitaran hidup pembangunan sebagai jalan bagi membincangkan isu pembangunan seperti risiko, persaingan, dan kos pelaburan dan begitu juga dengan isu teknikal dan penggunaan.”
2)     ”Isu seni bina kontemporari sekarang dan sistem perkomputeran, seperti jalan perbincangan kreativiti dan pembangunan fungsi baru”.
3)     ”Mengaplikasi pengenalan pengurusan bagi penghasilan kitaran hidup bahan”.
4)     Memahami dan boleh menangani isu mengenai rekabentuk sistem yang ditubuhkan.

Bahan Pengajaran:
1)      Buku teks subjek berkenaan (Griffiths,1998).
2)     Laman web yang dibangunkan untuk menyokong modul.
3)     Set video.
4)     Peralatan perisian seperti CASE (Computer Aided Software Engineering).
5)     Rangka kerja analisis system (W.I.S.D.E.N) dan TLTP (Teaching and Learning Technology Programme.
6)     Buku yang disarankan dan laman web.

Pendekatan Pengajaran:
Syarahan diberikan hanya pada minggu pertama mengenai kursus keseluruhannya. Tiada syarahan diberikan selepas minggu pertama sehingga habis semester mereka. Bahan dari laman web atau bercetak sahaja sebagai bahan rujukan mereka. Sekiranya mereka mengalami kesusahan, boleh berbincang dengan pensyarah. Pelajar turut digalakkan berinteraksi melalui alam maya (e-mel).

Kelebihan dan kekurangan:
1)      Autonomi kepada pelajar. Mereka diberikan kebebasan untuk menetapkan kemajuan diri,  mengikut masa mereka serta tempat mereka.
2)     Mereka dapati berdikari, pengurusan masa yang teratur, dan motivasi penting untuk hidup di dunia luar.
3)     Mereka memahami bahan dan pendekatan yang telah mereka gunakan.
4)     Mereka juga merasakan dengan membuat praktikal sebelum masuk kek kelas dapat membenarkan mereka tertumpu kepada kawasan masalah dan kesukaran.
5)     Ada juga yang berasakan sukar untuk berdikari dan bermotivasi.
6)     Mereka berasakan kurangnya interaksi dengan maklumbalas.

Kesimpulan:
Terdapat kelebihan menggunakan pendekatan pembelajaran bertumpukan pelajar.
  • Markah minimum pelajar dipertingkatkan.
  • Kadar kegagalan pelajar berkurangan.
  • Pelajar lebih suka pendekatan berpusatkan pelajar.
  • Pelajar lebih suka meningkatkan autonomi; mereka boleh belajar mengikut kemampuan sendiri, mengikut masa mereka, mengikut tempat mereka.
  • Pelajar dialu-alukan merebut peluang untuk melatih diri berdikari, mengikut pengurusan masa dan bermotivasi.
  • Sebilangan pelajar memahami lebih baik bahan, dimana markah minimum dapat dipertingkatkan serta kadar kegagalan menurun.
  • Kakitangan mendapati masa berhubung dengan pelajar lebih produktif.
  • Kakitangan memilih menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar.
Hanya minoriti pelajar lebih suka pendekatan formal. Ada juga sebilangan yang ’hilang’ pada awal modul. Situasi pelajar berubah dan pendekatan pelajar membantu kitaran mereka. Kejayaan pembelajaran berpusatkan pelajar salah satunya disebabkan bahan pengajaran yang pelbagai. Kajian perlu dijalankan bagi model berlainan dalam menghasilkan model bahan pembelajaran. Pembelajaran berpusatkan pelajar mengurangkan masa berhubung pelajar tetapi tidak mengurangkan masa kerja kakitangan. Terdapat pelbagai ganjaran menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar bagi kakitangan dan pelajar.