Berdasarkan kursus Psikologi Pendidikan/ Kaedah Mengajar/ Penaksiran Pembelajaran:
1) Teori-teori/ strategi, kaedah yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah dalam kajian yang dirangka adalah:
Kaedah: Satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa pendek.
Kaedah pengajaran: Cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Edward M. Anthony mengatakan kaedah –kaedah yang dipilih untuk proses P&P harus bersandarkan kepada suatu pendekatan yang berkaitan dengan model, konsep atau teori pembelajaran.
Di antara kaedah-kaedahnya ialah:
Kaedah-Kaedah Pengajaran Berpusatkan Pengajar (Teacher-Centered)
1.Syarahan/Kuliah (Lecture)
2.Demonstrasi (Demonstrations)
3.Perbincangan Panel (Panel Discussion)
4.Soal Jawab (Questions & Answers)
5.Pembentangan (Presentations)
6.Lawatan Bimbingan (Guided Tour)
Kaedah-Kaedah Pengajaran Berpusatkan Pelajar (Learner-Centered)
1.Perbincangan Kumpulan (Group Discussion)
2.Simulasi (Simulations)
3.Latihan Aprentis (Apprenticeship)
4.Main Peranan (Role Play)
5.Kajian Kes (Case Studies)
6.Sumbang Saran (Brainstorming)
7.Pembelajaran Jarak Jauh (Distant Learning)
8.Lawatan ke Lapangan (Field Trip)
1. Kaedah inkuiri
Guru menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen. Dalam hal ini, guru memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya dengan lebih mendalam berdasarkan pengetahuan sedia ada dan kemahiran asas yang dikuasai.
Guru menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen. Dalam hal ini, guru memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya dengan lebih mendalam berdasarkan pengetahuan sedia ada dan kemahiran asas yang dikuasai.
Tujuan penggunaan:
- Mengukuhkan strategi pengajaran yang dibina.
- Mengenalpasti unsur-unsur penting untuk melakukan inkuiri bercorak intelektual.
- Menganalisis beberapa implikasi penggunaan strategi guru, bilik darjah dan kesesuaian kokurikulum.
- Membina kemahiran kepada guru untuk mempersembahkan bentuk pengajaran yang lebih berkesan dan bermakna.
Jenis inkuiri:
A) Inkuiri Terbimbing
Guru membimbing murid dalam meneroka sesuatu permasalahan, generalisasi, ramalan atau hipotesis yang muncul. Guru memandu murid membentuk soalan kajian dan melaksanakan kajian berdasarkan langkah-langkah yang dirancang sehinggalah suatu rumusan ditemui.
B) Inkuiri Terbuka
Guru tidak memberi bimbingan kerana segala dapatan dan rumusan bergantung kepada kajian itu sendiri kerana segala maklumat dan jawapan sudah terdapat dalam kajian berkenaan. Ianya banyak dipraktikkan di peringkat pengajian tinggi.
Implikasi penggunaan:
· Mendorong sikap pelajar belajar secara kendiri.
· Penglibatan pelajar sepenuhnya dalam pengajaran guru.
· Mempertajamkan fikiran di samping mengembangkan kemahiran intelek.
· Memberi kesempatan kepada pelajar untuk mengkaji, menilai dan menyagkal pendapat dan pandangan orang lain mengenai sejarah dengan mengemukakan hujah dan bukti.
2. Kaedah Perbincangan
Teknik perbincangan adalah satu teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Sewaktu perbincangan dijalanlan, murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan pandangan, atau pendapat mereka mengenai sesuatu topik, sambil guru memandu serta mengarahkan pandangan-pandangan mereka ke satu prinsip atau pendapat menyeluruh.
Melalui teknik ini, murid-murid dapat memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir dengan jelas, mengutamakan pendapat-pendapat di samping bekerjasama dengan murid-murid lain untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan masalah perbincangan. Dengan cara ini, penglibatan murid dalam pembelajaran amat menggalakkan. Pelajar akan kelihatan lebih cergas, berani dan tegas.
Bahan-bahan harus yang disediakan oleh guru perlu mempunyai skop yang khusus sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Selain itu, guru perlu hadkan topik perbincangan dan terangkan sesuai mengenainya bagu membolehkan murid-murid memahami apa yang dikehendaki dan dapat dibincangkan perkara itu dalam jangka masa yang dijangkakan. Dalam masa yang sama, guru harus bijak memberikan ruang dan menggalakkan murid-murid agar mereka berminat untuk berkerjasama serta mengemukakan soalan-soalan yang akan dapat mencungkil fakta-fakta dan mendorongkan murid-murid berfikir.
Perbincangan kumpulan ialah pertukaran ide-ide secara verbal, pendapat atau pandangan, perkara utama dan persepsi dengan tujuan untuk menjelas dan memperkayakan pemahaman keatas pengisian sesuatu kursus.
Mengapa ada Perbincangan Kumpulan?
1.Untuk memberitahu.
2.Untuk menggiat dan merangsang.
3.Untuk mengetahui pendapat/pandangan lain.
4.Untuk memajukan kreativiti.
5.Untuk berkongsi ide.
6.Untuk memajukan kerjasama.
Bagaimana Kawal Aliran Perbincangan?
1.Bertanya soalan (factual, evaluative, interpretive).
2.Soalsiasat untuk mendapat maklumat lanjut (follow-up, repeat, prompt).
3.Guna bahasa badan.
4.Berdiam diri.
Prosedur Perlaksanaan:
Terdapat lima peringkat dalam melaksanakan kaedah perbincangan iaitu:
1) Perancangan-bidang yang menjadi perhatian.
2) Penetapan tajuk-menetapkan tajuk yang sesuai. Menerangkan matlamat dan tujuan.
3) Peringkat perkembangan-aktiviti perbincangan. Setiap ahli kumpulan mengambil bahagian secara aktif. Pencatat membuat catatan. Guru mengawasi perjalanan perbincangan. Dalam suasana gembira, menyeronokkan dan semangat kerjasama.
4) Peringkat rumusan-sesi pengukuhan melalui perbincangan lanjut. Pencatat membuat laporan.
5) Peringkat penutup-guru membuat rumusan. Pelajar membuat catatan.
Implikasi Penggunaan:
- Murid dapat belajar secara aktif.
- Memperkembangkan kemahiran belajar.
- Bertutur dengan intonasi dan gaya yang betul.
- Mengukuhkan kemahiran berkomunikasi secara berkesan.
- Menggalakkan pelajar bekerjasama dan berkongsi pendapat.
- Kemahiran mendengar dan memahami sesuatu perbincangan.
- Mewujudkan sikap suka membaca kerana perlu membuat rujukan.
- Melatih mengeluarkan pendapat dan buah fikiran secara logik dan dan matang.
- Melatih pelajar bekerjasama dalam mencapai matlamat dan menyelesaikan masalah.
- Meningkatkan kemahiran pelajar untuk mengeluarkan pendapat dan hujah yang bernas dan tersusun.
Teknik-Teknik Memimpin Perbincangan
●Penyusunan tempat perbincangan (room arrangement)
●Suasana yang selesa - tidak mengancam (non-threatening atmosphere)
●Memerhatikan bahasa badan (observe body language)
●Rancang soalan-soalan kunci terlebih dahulu (plan key questions in advance)
●Minta pelajar menulis respon-respon sebelum bertanya soalan
●Guna masa menunggu bersesuaian (use appropriate wait time)
Teknik-Teknik Menyoal
(Questioning Techniques)
●Clarifying●Redirecting
●Probing
●Reviewing
●Paraphrasing
3. Kaedah Sumbangsaran
Teknik ini juga dikenali sebagai percambahan fikiran (brainstorming). Teknik ini berbentuk perbincangan dan ia membolehkan setiap ahli kumpulan berfikit secara kreatif dan aktif. Otak diperah untuk berfikir tanpa batasan dan dalam proses ini, idea-idea , pendapat dan pandangan yang dikemukan tidak boleh ditolak, walaupun idea-idea tadi kurang memuaskan dan tidak bermutu. Idea-idea itu harus diterima dan diperkemas kemudiannya. Murid-murid digalakkan menghuraikan pendapat-pendapat yang telah dikemukakan. Perkara yang dicadangkan oleh seorang murid diperkembangan oleh murid-murid lain sehingga idea atau pendapat tadi mengembang keperingkat yang lebih tinggi.
Teknik ini juga dikenali sebagai percambahan fikiran (brainstorming). Teknik ini berbentuk perbincangan dan ia membolehkan setiap ahli kumpulan berfikit secara kreatif dan aktif. Otak diperah untuk berfikir tanpa batasan dan dalam proses ini, idea-idea , pendapat dan pandangan yang dikemukan tidak boleh ditolak, walaupun idea-idea tadi kurang memuaskan dan tidak bermutu. Idea-idea itu harus diterima dan diperkemas kemudiannya. Murid-murid digalakkan menghuraikan pendapat-pendapat yang telah dikemukakan. Perkara yang dicadangkan oleh seorang murid diperkembangan oleh murid-murid lain sehingga idea atau pendapat tadi mengembang keperingkat yang lebih tinggi.
Tujuan digunakan:
- Memastikan kedua-dua pihak (guru dan murid) bersedia dengan topik yang dibincangkan.
- Mencungkil idea bernas daripada murid.
- Membincangkan topik berkenaan dengan lebih luas dan telus.
- Mewujudkan perasaan kekitaan semasa sesi ini berlangsung.
- Membangkitkan rasa selesa ketika memberi pandangan atau idea tanpa rasa formal.
- Melahirkan hubungan yang lebih akrab kerana mungkin ramai murid rasa bebas untuk mengajukan soalan atau berkongsi pendapat.
4. Kaedah Main Peranan
Teknik main peranan adalah satu teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ‘ambil peranan’ yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan sentiasa pula dikelolakan dalam situasi kumpulan. Melalui teknik ini, murid-murid dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. Teknik ini melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran yang diajar oleh guru.
Teknik main peranan adalah satu teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ‘ambil peranan’ yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan sentiasa pula dikelolakan dalam situasi kumpulan. Melalui teknik ini, murid-murid dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. Teknik ini melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran yang diajar oleh guru.
5. Kaedah Simulasi.
Teknik simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar. Ia memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Contoh simulasi ialah lakonan dan perbahasan.
Kelebihan kaedah:
- Mendorong ke arah kemahiran membuat imaginasi, generalisasi, pertimbangan, futuristik, sintesis dan menghubungkan sesuatu peristiwa secara lisan.
- Meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap setiap unit pembelajaran yang terlibat.
- Menjamin perkembangan pengetahuan seperti sejarah, ekonomi, politik dan sebagainya kerana ianya menitikberatkan aspek afektif.
- Membantu mengatasi masalah perbezaan individu dari segi kebolehan dan pencapaian.
- Mewujudkan tahap keinginan yang tinggi untuk belajar melalui kaedah ini kerana ia mencungkil bakat dan kebolehan semulajadi.
6. Kaedah pengajaran berpandukan Kognitif (CGI- Cognitively Guided Instruction)
Pengajaran Berpandukan Kognitif merupakan satu pendekatan dalam pengajaran matematik yang menggalakkan suasana pembelajaran aktif (active learning) ,yang bermakna (meaningful), dapat membina pemikiran aras tinggi, berkesan dan berasaskan penyelidikan.Para guru menggunakan pendekatan pengajaran berpandukan kognitif berhasrat membantu pelajar untuk belajar secara lebih bermakna dan mengembangkan pemikiran aras tinggi. Dengan cara ini dapat membantu mereka membina apa yang pelajar tahu dan membantu mereka belajar dari rakan dalam kumpulan masing-masing. Dalam mengaplikasikan pendekatan pengajaran ini para guru perlu tahu dan memahami bahawa strategi-strategi yang digunakan oleh pelajar dalam penyelesaian masalah sebelum mereka diajar prosedur-prosedur formal.
7. Kaedah Syarahan/Kuliah (Lecture)
Syarahan atau kuliah bukannya satu ucapan formal. Ianya melibatkan perancangan dan penyampaian sesuatu persembahan dalam kelas yang mengutamakan kepentingan interaksi antara pengajar dengan pelajar. Berikut adalah cadangan atau panduan dalam membuat persediaan dan penyampaian syarahan/kuliah yang berkesan. Sesuatu syarahan/kuliah terbahagi kepada tiga (3) fasa ia itu; pengenalan, pengisian kuliah (isi kandungan), dan penutup.
8. Kaedah Kolaborasi
Pembelajarn kolaborasi mengutamakan prinsip pengajaran, pembelajaran dan pengetahuan. Aspek utama di antara ketiga konsep itu ialah pengetahuan kerana ia menggabungkan interkasi yang tidak dihubungkan oleh guru kepada muridnya. Ini bermakna aktiviti pengajaran terhasil daripada latar belakang atau pengetahuan sedia ada. Tugas guru ialah mewujudkan suasana supaya murid dapat menghasilkan bahan sendiri melalui dapatan yang berguna. Hasilnya murid akan memahami apa yang dicari, konseptual dan pengekalan maklumat yang diperoleh sehingga kesemua ini menghasilkan pemikiran yang kritis dan kritikal. Kaedah ini juga melibatkan aktiviti yang dijalankan di dalam kumpulan yang kecil bekerja bersama-sama dalam satu projek yang dirancang dalam bilik darjah.
Empat ciri utama kaedah kolaboratif:
- Perkongsian pengetahuan dalam kalangan guru dan murid-guru memiliki pengetahuan yang baik dan ada kemahiran dalam mengajar. Selain itu, guru turut menghargai dan menggunakan pengetahuan peribadi dan pengalamannya.
- Perkongsian kuasa antara guru dan murid-guru bertanggungjawab menentukan matlamat dan objektif, menyiapkan tugasan dan menilainya.
- Guru sebagai perantara/fasilitator.
- Kelompok murid secara heterogen-murid-murid tidak diasingkan mengikut kebolehan yang sepatutnya, minat dan pencapaian kerana ini akan menghalang peluang murid untuk belajar.
Interprestasi dan analisis data penyelidikan kerangka
- tidak kira apa jenis penyelidikan, anda perlu memungut data>untuk menyokong hujah anda- menggunakan pendekatan saintifik berdasarkan dengan pemungutan, analisis dan interprestasi data- data adalah sejumlah/sekumpulan maklumat yang dikumpul dan digunakan untuk menentukan, memilih topik, hipotesis atau pemerhatian.- Dalam data ada perhub erat antara kerangka pembolehubah dan instruments.
Kerangka
- adalah satu abstrak yang tidak boleh diperhatikan secara langsung.- Ia digunakan untuk membuat penjelasan perlakuan seperti inteligent, personaliti, ability dan creativity.- Mesti didefinisikan secara operational, didalam progress atau operation yang boleh di perhatikan atau diukur.- Apabila kita di definisikan secara khusus, ia menjadi pembolehubah
Pembolehubah
- Adalah i konstruk yang boleh menerima dua atau lebih nilai atau jumlah- Dan manusia /sample berbeza-beza atau berubah-ubah- Terdapat banyak perbezaan pendekatan dan instrument untuk mengukur pembolehubah- Instrument adalah alat untuk mengumpul data- Boleh diwakilkan dengan pelbagai pengukuran, identified as categorical or qualitative,dependent or independent
(http://www.scribd.com/doc/21174108/nota-asas-penyelidikan-dalam-pendidikan)
Idea tentang kerangka teori dan kerangka konsep adalah saling berkait dengan kerangka kajian. Pada asasnya, kerangka kajian merujuk struktur idea yang abstrak atau logik yang memandu perancangan, pelaksanaan, dan laporan sesuatu kajian. Ia merupakan struktur yang mencantumkan bahagian-bahagian dalam sesuatu kajian untuk membentuk satu keseluruhan. Menurut Ary, Jacobs dan Razavieh (1996) dan Merriam (1998), kerangka kajian adalah satu unsur yang sangat penting dalam sebarang kajian. Misalnya, kerangka kajian membekalkan landasan bagi sesuatu kajian dengan menjelaskan pendekatan yang digunakan dalam kajian tersebut. Ia boleh dianggap sebagai tempat rujukan yang menyediakan konteks bagi meneliti masalah atau soalan yang menjadi fokus sesuatu kajian. Kerangka kajian mewarnai seluruh aspek kajian yang dijalankan. Ia merangkumi garis panduan tentang perkara yang akan dan tidak akan dikaji dalam sesuatu kajian dan cara untuk mengkaji perkara tersebut. Kerangka kajian boleh berbentuk teori atau konsep. Ia memandu semua aspek kajian, termasuk proses mengenal pasti metodologi yang akan digunakan dalam kajian (reka bentuk kajian), pemilihan subjek kajian (pensampelan), jenis maklumat yang akan dikumpulkan dan cara mengumpul maklumat tersebut (pengumpulan data), cara mentafsirkan maklumat (analisis data), dan cara melaporkan hasil kajian (laporan kajian). Kerangka kajian juga membolehkan penyelidik menghubungkaitkan hasil kajian dengan himpunan pengetahuan yang sudah mantap. Dalam konteks ini, wajarlah kebanyakan jurnal penyelidikan menetapkan bahawa artikel yang hendak diterbitkan mestilah mempunyai kerangka kajian yang jelas.
(http://www.scribd.com/doc/21174108/nota-asas-penyelidikan-dalam-pendidikan)
Definisi Kerangka Operasional Kajian
Definisi Kerangka Operasional Kajian
Menjelaskan perkataan tertentu dalam kajian yang meragukan pemahaman bukannya mendefinisikan tajuk kajian. Cara untuk mendefinisikan ialah dengan memilih perkataan dan berikan definisi mengikut fahaman penyelidik bukannya berdasarkan kamus.
Definisi Kerangka Konseptual
Dalam kerangka konseptual, hal utama yang perlu dititikberatkan adalah hubungan suatu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain, terutamanya pembolehubah yang penting.
Kerangka konseptual dilakukan dengan mengemukakan bagaimana hubungan pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah bersandar. Hubungan ini mestilah mempunyai sokongan secara ilmiah seperti dari sumber-sumber rujukan ilmiah. Cara yang paling mudah ialah dengan mengambil kesimpulan daripada kajian orang lain yang relevan dengan pembolehubah yang dikaji.
Kerangka konseptual dilakukan dengan mengemukakan bagaimana hubungan pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah bersandar. Hubungan ini mestilah mempunyai sokongan secara ilmiah seperti dari sumber-sumber rujukan ilmiah. Cara yang paling mudah ialah dengan mengambil kesimpulan daripada kajian orang lain yang relevan dengan pembolehubah yang dikaji.
Definisi Teoritikal Kajian
Kerangka teoritikal menentukan persoalan kajian yang hendak dilakukan. Ia menjadi panduan bagi menentukan orientasi penyelidikan yang akan dilakukan. Ia juga mengenal pasti apa yang menjadi minat pengkaji, soalan-soalan yang berlegar-legar di mindanya dan yang menjadi teka-teki. Satu kaedah untuk menentukan kerangka pemikiran ialah melalui tinjauan literasi dengan pembacaan yang berkait rapat dengan tajuk yang sedang dikaji. Tajuk jurnal, kata kunci dan maklumat-maklumat lain yang didapati sepanjang pencarian berkenaan, penyelidik akan berjumpa dengan konsep, model dan teori yang berbagai-bagai jenis. Yang boleh dibuat ialah memberi pengkelasan terhadap hasil dapatan tersebut untuk menjadi kunci utama kepada kerangka teoritikal nanti.
Kerangka Teoritikal yang digunakan ialah:
Teori Metakognitif
Merujuk kepada proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia. Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak untuk memahami rangsangan luar yang diterima melalui deria, membentuk konsep, membuat tafsiran, dan tindak balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan.
Mayor (1977)~ mentafsirkan pemikiran sebagai pengelolaan operasi-operasi mental dalam sistem kognitif dan digunakan untuk menyelesaikan masalah.
Teori Pembelajaran Berstruktur
-Melibatkan cara yang formal untuk menyampaikan kandungan pembelajaran
-Melibatkan teori kognitif
-Melibatkan kaedah untuk mengenalpasti pengetahuan dan gelagat seseorang
-Merupakan satu teori pengajaran guru yang dapat mempengaruhi pembelajaran pelajar.
Teori menyatakan bahawa setiap input akan menghasilkan output. Input boleh terdiri daripada apa-apa sahaja, konsep, proses atau idea. Apa-apa sahaja elemen input dan output akan menunjukkan sebagai hirarki sesuatu elemen. Ini bermaksud, sesuatu input itu adalah dikatakan sebagai pemboleh ubah (variable) manakala, output pula merupakan nilai unik yang terhasil daripada proses (operational) yang juga dikenali sebagai hukum (Strutural Learing Theory’s rules ).
Teori Pembelajaran Tingkahlaku
Teori pembelajaran tingkahku mentafsirkan pembelajaran sebagai satu perubahan di dalam tingkahlaku seseorang dalam suatu situasi. Teori ini mementingkan hubungan antara sebab dan akibat atau rangsangan gerak balas. Teori ini sesuai digunakan untuk menyampaikan pengetahuan kepada pelajar serta membina kemahiran-kemahiran dikalangan pelajar di mana pengetahuan dan kemahiran yang diajar dibahagikan kepada beberapa unit-unit kecil kemudian disampaikan satu demi satu dan diperkukuhkan secara sistematik sehingga prestasi pelajar mencapai pada tahap yang diingini. Perubahan tingkahlaku dapat dilihat dengan menyediakan ganjaran untuk prestasi yang baik dan hukuman untuk yang sebaliknya.
0 comments:
Post a Comment