BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 21, 2009

Aktiviti 9: Tugasan 4 (Kajian Tindakan Mini)

Penggunaan Teknologi Maklumat Melalui Kaedah Kontekstualisme Di Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dan Perdagangan Di Sekolah


Matlamat Kajian:

Memberi pengukuhan dan kekuatan terhadap kemahiran asas pelajar dalam bidang teknologi maklumat agar boleh menjadi sumber penghasilan tugasan Bahasa Melayu dan perdagangan yang lebih bermutu.

Objektif Kajian:
  1. Meneroka tahap pengetahuan pelajar dalam bidang teknologi maklumat.

  2. Menilai penerimaan pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di sekolah
  3. Mencungkil daya kreatif, inovasi dan produktif pelajar dalam mencorakkan penggunaan teknologi maklumat.
  4. Melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi; kreatif dan berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk keperluan kehidupan harian. 
Persoalan Kajian:  
  1. Bagaimana tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di sekolah
  2. Adakah terdapat perubahan minat pelajar terhadap proses P&P dengan pengaplikasian teknologi maklumat.
  3. Sejauh mana pengetahuan sedia ada dan pengalaman pelajar dalam teknologi maklumat dapat membantu pembelajaran pelajar dalam subjek Bahasa Melayu dan Perdagangan di sekolah.
  4. Sejauh mana saranan bagi pelajar melayari laman web yang berkaitan dengan kandungan sesuatu tajuk oleh guru membantu pembelajaran pelajar.

0 comments: