BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 7, 2009

Aktiviti 2: Tugasan 2 - Jurnal

TEACHER MISCONCEPTIONS AND UNDERSTANDING OF COOPERATIVE LEARNING: AN INTERVENTION STUDY
SALAH KONSEP DAN PEMAHAMAN GURU MENGENAI PEMBELAJARAN KOOPERATIF : SATU HALANGAN KAJIAN
Mary Koutselini
University Of Cyprus, Nicosia, Cyprus

ABSTRAK:
Kajian ini mengenai guru sekolah  menengah di Cyprus. Ianya mengenai mendedahkan konsep guru mengenai pembelajaran kooperatif, membantu guru melalui simulasi pembelajaran kooperatif untuk membina sifat yang membezakannya dengan kumpulan kerja tradisional. Guru sebelum kajian ini mempuyai tanggapan buruk pada pembelajaran kooperatif kerana mereka tidak tahu bagaimana hendak memastikan kolaborasi, kejelasan dan interaksi antara pelajar. Sikap mereka berubah sepanjang kajian kajian tindakan dan berlaku simulasi pembelajaran kooperatif mendedahkan karakteristik dalaman dan luaran.

Tujuan kajian ini mengenai:
1) Mendedahkan tanggapan guru mengenai pembelajaran koperatif.
2) Membantu guru melalui simulasi pembelajaran kooperatif bagi membina ciri yang berbeza daripada kumpulan kerja tradisional.

Hasil Dapatan Kajian:
1) Keputusan kajian mendapati bahawa guru bersikap negatif tentang pembelajaran kooperatif kerana mereka tidak tahu bagaimana hendak memastikan kolaborasi, jelas dan interaksi di antara ahli kumpulan
2) Sikap mereka berubah sepanjang pembelajaran kajian tindakan
3) Simulasi pembelajaran kooperatif  mendedahkan sikap dalaman dan luaran untuk mengetuai hasil pembelajaran pelajar. 

Latarbelakang Teori:
1) Apakah salah konsep yang dialami guru sehingga menyebabkan mereka keberatan menggunakan kolaborasi sebagai proses pengajaran guru di dalam kelas mereka?
2) Bolehkah mereka mengubah kefahaman dan sikap mereka terhadap pembelajaran kooperatif di dalam persekitaran pembelajaran yang sebenar?

Pembelajaran koperatif ialah situasi P&P di mana pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil dan pembelajaran dalam satu kumpulan. Mngikut Johnson dan Johnson (1998) kumpulan kecilini terbahagi kepada empat bahagian:

1) Kumpulan samaran (Pseudo groups)
Ahli kumpulan yang ditugaskan dalam satu kumpulan, tetapi ada yang ada sikit minat atau tiada minat langsung untuk bekerjasama dalam satu kumpulan. Ahli kumpulan ini sekadar menumpang.Iaya hanya akan membebankan ahli kumpulan yang lain.

2) Kumpulan tradisional
Ahli kumpulan bersetuju bekerjasama tetapi ada yang lebih gemar gemar buat secara berseorangan.

3) Kumpulan koooperatif
Kumpulan yang komited dengan tujuan mereka dalam mencapai kejayaan secara kumpulan.

4) Kumpulan Kooperatif Pencapaian Tinggi (High-performance Cooperative Groups)
Kumpulan yang menepati semua kriteria yang diperlukan bagi kumpulan kooperatif dan menepati semua sasaran.

Persoalan Kajian:
Yang mana satu berdasarkan situasi di sekolah?

Metodologi:
1) Untuk menerokai sifat peserta mengenai pembelajaran kooperatif, dan memahami sebab untuk menggunakannya.

2) Untuk menyiasat kemungkinan salah konsep guru tentang pembelajaran kooperatif.

3) Untuk membezakan pembelajaran koperatif dengan kumpulan kerja.

4) Untuk meyelia tanggapan dan konsep pembelajaran di dalam persekitaran sebenar.

5) Untuk membina pengetahuan baru tentang pembelajaran kooperatif dengan pengalaman kerja secara berkumpulan.

Setting Kajian:
Di sekolah. 

Sampel/subjek:
Seramai 94 guru sekolah menengah terlibat. (58 perempuan, 34 lelaki). Mereka mempunyai pengalaman mengajar di antara dua sehingga lima tahun. Mereka dibahagi kepada empat kumpulan:
1) Kumpulan pertama:28 guru Bahasa Greek (Psikologi)
2) Kumpulan kedua:24 guru Bahasa Inggeris
3) Kumpulan ketiga:20 guru Matematik
4) Kumpulan keempat:22 guru matapelajaran Fizikal

Pengumpulan Data:
Dalam enam kali perjumpaan empat jam setiap kali perjumpaan pada setiap minggu. Ianya direka berbentuk kajian tindakan.

Kitaran 1: Guru mengenalpasti dan menulis deskripsi awal sikap mereka serta salah faham mereka.
Kitaran 2: Peserta membuat senarai semak untuk menguji sikap dan pengetahuan.
Kitaran 3: Peserta membuat simulasi kumpulan kerja dan refleksi di atas proses kerja. Begitu juga dengan keputusan akademik.
Kitaran 4: Fokus kepada pengalaman pembelajaran kooperatif.
Kitaran 5: Peserta mengenalpasti dan membuat refleksi diri pada karakteristik dalaman dan luaran pembelajaran kooperatif, andaikan perkara yang paling penting dalam berdikari dan jelas dalam kumpulan.
Kitaran 6: Menyiapkan senarai semak sebagai ujian dan refleksi ke atas pengalaman mereka dalam pembelajaran kooperatif.



Rangka Kerja Teori/model:
Ianya menggunakan model Carl & Kemmis(1986); Koutselini (2008) dan Reason & Bradbury (2001). Rangka kerja teori dikenalpasti hanya selepas pemahaman holistik mengenai data, idea dan sikap ditunjukkan dalam menyediakan rangka kerja. Peserta berkongsi pengalaman dan pemahaman mereka serta bersedia berubah tentang pengetahuan terdahulu mereka. Menggunakan Kaedah Kooperatif Terhimpit (The Cooperative Sandwich Method). Turut dikenali sebagai Kaedah Piramid Berundur (The Diverse Pyramid) dimana piramid dipenuhi idea yang diperolehi daripada hasil usahasama peserta. Dengan menggunakan Kaedah Kooperatif Terhimpit:
1)      Peserta menulis sebanyak mungkin idea.
2)     Mereka berkongsi idea bersama pasangan dan menulis senarai idea.
3)     Perjumpaan dalam empat kumpulan, berbincang apa yang telah mereka tulis untuk memurnikan senarai.
4)     Mereka berkongsi dapatan.

Hasil Dapatan Senarai Semak Pembelajaran Kooperatif:
Pernyataan digunakan pada awal, ujian dan rumusan. Peserta menjawab ya atau tidak berdasarkan senarai semak kooperatif. Hasilnya, pembelajaran kooperatif ialah:
1) Menggunakan banyak masa.

2) Halangan untuk menampung isi kandungan.
3) Tidak sesuai kaedah pembelajaran bagi semua orang.
4) Tidak sesuai bagi tugas akademik yang susah.
5) Tidak sesuai bagi gaya pembelajaran pelajar.
6) Pelajar tidak suka pembelajaran kooperatif.
7) Pelajar berpencapaian tinggi tidak suka pembelajaran kooperatif.
8) Pelajar berpencapaian rendah tidak suka pembelajaran kooperatif.
9) Pelajar tidak bermotivasi tidak suka pembelajaran kooperatif.
10) Ibubapa tidak suka pembelajaran kooperatif.
11) Guru berpengalaman tidak suka pembelajaran kooperatif.
12) Meningkatkan kemahiran kinestetik.
13) Meningkatkan kemahiran kognitif.
14) Meningkatkan kemahiran sosial.
15) Menyokong sikap/tanggapan.
16) Mencipta masalah displin.
17) Menampung masalah sosial.
18) Menampung pertanyaan daripada pelajar.
19) Memberi peluang pada pelajar tidak bermotivasi untuk tidak buat kerja.
20) Pelajar berpencapaian tinggi sahaja yang bekerja dalam menyiapkan tugas.
21) Digunakan sebagai aktiviti tambahan di akhir pengajaran.
22) Salah satu proses utama pembelajaran.

Keputusan:
Jawapan positif diperolehi kepada persoalan ”bolehkah guru mengubah pemahaman dan sikap tentang pembelajaran kooperatif dalam persekitaran sebenar?”
a)     Pemahaman yang lebih baik bagi struktur pembelajaran kooperatif.
b)     Pemahaman perbezaan antara kumpulan mudah dan pembelajaran kooperatif.
c)      Meningkatkan keyakinan dalam mengaplikasikan pembelajaran kooperatif.
d) Pencapaian tertinggi akademik bekerja dalam kumpulan kooperatif berbanding kumpulan kerja mudah.

Perbincangan:
Guru sebelum ini mempunyai salah konsep dan kekeliruan idea tentang pembelajaran kooperatif yang menghalang mereka dari menggunakannya dalam pengajaran. Interaksi antara mereka dapat mengubah pengetahuan mereka tentangh pembelajaran kooperatif. Pengalaman mereka ketika belajar dan mengajar ditambah pula pendidikan hanya menekankan pencapaian akademik semata-mata tidak membenarkan mereka mencuba pendekatan pengajaran yang baru. Mereka jga tidak jelas tentang teori pembelajaran kooperatif sebelum ini. Pada akhir kajian, peserta yang terdiri daripada guru ini bersetuju bahawa perubahan dalaman di antara individu dan kolaborasi merupakan komponen penting dalam pembelajaran kooperatif. Sekiranya kita memberikan pelajar masa untuk berkerja secara individu, dan membenarkan mereka melahirkan perasaan mereka sendiri tentang maklumat atau tugas yang diberi, mereka akan lebih mahu dan suka mendengar kepada orang lain (McManus & Gettinger,1996). Semua orang mempunyai motivasi, nilai, pengetahuan latar belakang dan kemahiran.

Kesimpulan:
Kajian ini dapat mengubah perspektif negatif kepada positif. Kurang pengalaman berhubung perbezaan perbezaan di antara kumpulan pembelajaran kooperatif dan kumpulan Pseudo@ kumpulan tradisional mengundang kepada salah konsep yang menghalang guru menggunakan pembelajaran kooperatif sebagai prosedur pembelajaran dan keputusan yang menarik. Perubahan konseptual daripada salah konsep kepada pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman dan perubahan sikap dari penolakan kepada membina motivasi dan percayakan nilai pembelajaran kooperatif sebagai rumusan utama.

ACTION RESEARCH: AN APPROACH FOR THE TEACHERS IN HIGHER EDUCATION
KAJIAN TINDAKAN: SATU PENDEKATAN BAGI GURU DI PENDIDIKAN TINGGI
Ghazala Yasmeen
Dept. of Physiology, University of Karachi

ABSTRAK:
Pengenalan:
Kajian tindakan ialah kajian formatif tentang perkembangan yang biasanya diamalkan guru di sekolah. Kebiasaannya kajian tindakan adalah proses lingkaran yang mana melibatkan penyiasatan masalah, mengambil tindakan dan pencarian fakta mengenai keputusan tindakan. Ianya membolehkan guru mengadaptasi keberkesanan strategi berdasarkan persekitaran pengajaran itu sendiri.
Objektif:
Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji keberkesanan dan kelebihan kajian tindakan pada tahap pendidikan tinggi. Statistik-Bio merupakan subjek yang susah, dan tidak diminati oleh kebanyakkan pelajar sains dipilih sebagai kajian ini.
Metodologi:
Praktikal kajian tindakan (salah satu mod) dipilih sebagai skema kajian untuk mengenalpasti masalah utama oleh pelajar ini. Di tahap universiti, telah ramai menggunakannya.  Mengikut persekitaran pendidikan, penyelesaian telah dikenalpasti dan keputusan dinilai mengikut tempoh. Setiap masa pengubahsuaian dibuat oleh komunikasi bersemetri kepada pelajar tanpa sebarang cubaan bagi menghasilkan proses hasil.
Keputusan:
Tindakbalas pelajar dari segi kelakuan dan penilaian bilik darjah menunjukkan perubahan positif di dalam minat dan pemahaman subjek.
Kesimpulan:
Kajian melibatkan semua tahap pendidikan, kajian tindakan boleh digunakan untuk meningkatkan hasil pembelajaran/pengajaran dan boleh dipraktikkan oleh universiti sebagai kepentingan strategi pendidikan.

Pengenalan:
Latar belakang sejarah:
Kurt Lewis dikenali sebagai ’bapa’ kajian tindakan (Kemmis & McTaggart,1990; Zuber-Skerrit, 1992 & Hotler & Schwartz-Barcott,1993), orang yang menemui terma kajian tindakan dalam kajiannya masalah minoriti (Kurt,1946). Fungsi dalam sistem pendidikan dengan Sains di dalam pergerakan pendidikan pada lewat abad ke-19 di mana kaedah saintifik diaplikasikan di dalam pendidikan (Masters,1995). Kajian tindakan ialah kajian formatif perkembangan yang semudah  ”belajar dengan melakukan”.

Komponen Asas:
Rancang, bertindak, memerhati dan refleksi merupakan lingkaran proses kajian tindakan (Dan,1995).  Terdapat lima proses dalam Model Kajian Tindakan (Gerald Susman,1983).  Pertama diagnosis iaitu mengenalpasti masalah. Kedua, perancangan tindakan pula mempertimbangkan kursus alternatif tindakan. Ketiga, mengambil tindakan iaitu memilih kursus tindakan. Keempat, penilaian iaitu belajar daripada akibat tindakan dan yang kelima, pengkhususan pembelajaran ialah mengenalpasti dapatan am.

Prinsip:
Richard (1989) memberikan pandangan keseluruhan berdasarkan enam prinsip.
1)      Kritikan reflektif – Mengkritik dengan menggunakan nota, transkrip dan dokumen rasmi sebagai pertimbangan teori.
2)     Kritikan dialog -  Melakukan kritikan melalui perbincangan atau dialog.
3)     Sumber kolaboratif – Peserta berbincang bersama-sama.
4)     Risiko – Sebarang perkara yang mengahalang kepada penyeleseaian masalah.
5)     Struktur majmuk – Melibatkan pandangan, kemoen, kritikan memandu kepada pelbagai tindakan dan interpretasi.
6)     Teori, latihan dan transformasi – Bagi pengkaji tindakan, teori membabitkan latihan, latihan berdasarkan teori dan trasformasi berterusan.

Kaedah:
Sekarang ini, Kajian Tindakan Praktikal (Practical Action Research) telah digunakan di tahap universiti. Ianya dinamakan dengan nama yang berlainan termasuk: kajian  tindakan penglibatan, kajian tindakan kolaboratif, kajian tindakan dan lain-lain (O’Brien,2001).  Ianya memfokuskan dalam memperbaiki pembelajaran dengan proses refleksi, menyelesaikan masalah dan meneroka (McNiff,1988). Ianya juga sejenis lingkaran kajian tindakan (Mash & Meulenberg-Buskens,2001). PAR adalah subjektif dan tidak sentiasa semulajadi (Schensul,1999). PAR memerlukan pengiktirafan, boleh diadaptasi, kemanusiaan dan pendekatan holistik bagi menyelesaikan masalah (Brydon-Miller,1997).

Latarbelakang Kajian:
Kajian tindakan pendidikan telah diklasifikasikan kepada tiga kategori besar di mana guru adalah kajian guru, kajian kolaboratif dan kajian sekolah keseluruhan melibatkan objektif utama, persekitaran, peserta yang berminat dan kesan (Emily,1993). Kajian guru fokus kepada membawa perubahan di dalam kelas untuk membantu individu. Keputusannya penting bagi guru dan pelajar dan kesannya boleh memberi kesan kepada kelas. Kajian kolaboratif pula dikendalikan berdasarkan perubahan positif di dalam kelas, tingkatan, pasukan atau bahagian untuk membantu universiti, perkhidmatan pendidikan, agensi bagi meningkatkan peningkatan. Bagi kajian tindakan keseluruhan sekolah pula memperlihatkan pembaikan sekolah dan kawasan pembelajaran pelajar, disokong dengan kepimpinan sekolah serta agensi luar.

Objektif:
Untuk melihat keberkesanan, kelebihan dan kesahan kajian tindakan di tahap pendidikan tinggi sebagai sebahagian perancangan guru untuk meningkatkan pembelajaran pelajar.

Persoalan kajian:
1)      Pelajar mempunyai latar belakang yang lemah dan pertama kali didedahkan dengan subjek Biostatistik.
2)     Pelajar lemah di dalam konsep matematik dan pengiraan.
3)     Pelajar sukar untuk membuat penyelesaian dan kesimpulan.

Metodologi:
Melibatkan 45 pelajar B.Sc. (Honors)-III yang mengambil subjek Biostatistik. Persembahan kelas dipilih sebagai kriteria untuk transformasi. Sampel dipilih

LANGKAH
PERISTIWA
Pemerhatian
Pelajar hilang tumpuan dalam kelas Biostatistik. Mereka mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan masalh yang diberikan.
Diagnosis
Di dalam kelas, pelajar komited dengan situasi. Namun begitu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang diberi walaupun mereka dapat mengesan masalah yang ditimbulkan.
Perancangan tindakan
Pelajar diminta membuat sebanyak mungkin jalan penyelesaian. Berlainan pendekatan digunakan seperti menghafal formula, menulisnya setiap hari, membuat ujian berasingan dan sebagainya.
Tindakan
Pelajar mencatat formula di belakang buku nota dengan dua klu: di mana dan bagaimana menggunakannya. Mereka kadang-kadang membuat perbincangan kumpulan untuk menyelesaikan masalah yang diberi atau berbincang dengan guru.
Penilaian
Tugasan diberikan untuk menilai mereka. Kesalahan yang dibuat kini berkurangan dan tidak kerap. Mereka telah bekerjasama atau melakukan kooperatif di dalam pembelajaran. Mereka telah memahami konsep dengan baik.
Pembelajaran
Terdapat refleksi peningkatan minat sekiranya pelajar dilibatkan di dalam membuat keputusan di dalam strategi pengajaran guru, pembelajaran mereka lebih diperbaiki.
Jadual 1: Kaedah PAR (Dari Kemmis & McTaggert,1998)

Pemerhatian:
Pelajar telah dapat melakukan tugasan, soalan di dalam kelas dan latihan menyelesaikan masalah di dalam kelas.

Dapatan dan keputusan:
Kajian ini menunjukkan bagaimana PAR dapat digunakan di dalam kelas universiti pada tempoh yang singkat dan terhad. Pelajar lebih selesa skiranya mereka dilibatkan di dalam pembaikan pengajaran dan strategi pembelajaran oleh guru. Pelajar telah dapat belajar serta dapat menyelesaikan masalah. PAR yang dipraktikkan telah memberikan kesan pertama iaitu menghasilkan pengetahuan dan tindakan terus kepada kumpulan pelajar di dalam persekitaran kelas. Keduanya, ianya dapat memberikan idea kepada perancangan mengajar bagi kelas akan datang.

Perbincangan:
Kajian tindakan merupakan pendekatan terbaik dalam sistem pendidikan. PAR sesuai bagi pembelajaran dalam kelas universiti kerana ianya melibatkan pemahaman masalah serta penyelesaian yang terbaik (Hotler et al,1993). Ianya mengandungi tiga asas utama: kolaborasi, pendidikan bersama dan bertindak di atas persoalan asas dimana ianya relevan dengan situasi (Macaulay et al,1999). Kaedah ini juga ada kekangannya. Fasilitator perlu memantau bila perbincangan diadakan semua orang mendengar, toleransi dengan komen yang diberi dan menghormati antara satu sama lain. Memastikan penglibatan pelajar samada menulis ataupun perbincangan. Dia juga perlu memastikan setiap pandangan yang diberikan dirumuskan dengan memberikan kesimpulan yang terbaik kepada semua orang. Terdapat juga kekangan masa.

Kesimpulan:
PAR amat sesuai dijalankan di peringkat tertinggi pendidikan. Prinsip PAR ialah kolaborasi bersama, saling menghormati, pembelajaran bersama dan bertindak di atas inkuiri yang turut berhubungkait dengan perhubungan antara guru dan pelajar. Dengan PAR, dapat mempertingkatkan hasil pembelajaran secara berterusan.

EVOLVING A FACILITATION PROCESS TOWARDS STUDENT CENTRED LEARNING: A CASE STUDY IN COMPUTING 
PENGLIBATAN MEMUDAHKAN PROSES KE ARAH PEMBELAJARAN BERTUMPUKAN PELAJAR: SATU KAJIAN KES DI DALAM PERKOMPUTERAN
Gary Griffiths
Briony J Oates
Mike Lockyer
School of Computing
University of Teesside
Middlesbrough. TS1 3BA, UK

ABSTRAK:
Kajian ini mengenai pengalaman bertukar ke arah pembelajaran berpusat. Ianya menerangkan mengenai pendekatan kajian tindakan dan isi bagi modul tahap Master di dalam analisis sistem dan rekabentuk. Ianya turut membincangkan bahan yang disediakan sebagai alternative untuk mengajar, termasuk buku, set video, struktur kursus dan laman web. Pendekatan pengajaran asas digunakan untuk kemajuan pelajar. Ianya melibatkan pelajar bekerja melalui bahan berkenaan bagi meningkatkan kemajuan diri. Apabila pendekatan pengajaran asas telah digunakan, terdapat perkembangan yang kurang melalui markah minimum mereka serta kadar lulus. Maklumbalas pelajar melalui kertas soal selidik dikaji, bertumpukan bahan pengajaran, pendekatan pengajaran, kelebihan dan kekurangan. Secara amnya, pelajar gemarkan pendekatan pengajaran yang memberikan autonomi kepada mereka. Refleksi staf dan pelajaran yang dipelajari turut dipertimbangkan. Amnya, staf mengenalpasti masa mereka dengan pelajar dengan lebih produktif dan pelajar menjadi lebih berdikari. Kesimpulan dibuat dan isu am timbul daripada kerja yang dikenalpasti.



 
Pengenalan dan latar belakang:
Dalam pelbagai kaedah mengajar, syarahan paling kurang menunjukkan kesan efektif (Felder,1992). Didapati pelajar hanya mengingat 70% syarahan dalam masa 10 minit pertama dan 20% syarahan pada masa akhir 10 minit (McKeachie,1986). Dengan menggunakan kaedah berpusatkan pelajar:
  • Pelajar merupakan peserta yang aktif di dalam pelajaran. Kami tidak berikan syarahan formal, tetapi memberikan syarahan ulangkaji setelah tutorial.
  • Pelajar membuat keputusan bagaimana mereka belajar. Kami menyediakan pelbagai bahan pengajaran dan membenarkan pelajar memilih masa dan tempat mereka hendak belajar.
  • Kami menyediakan matlamat pembelajaran yang jelas dalam mengenalpasti proses pembelajaran. Laman web mengenalpasti proses pembelajaran dan menyediakan diari mingguan dalam talian akan cadangan aktiviti dan tugasan. Syarahan pertama meliputi filosofi, rasional, proses dan matlamat secara terperinci.
  • Pelajar membina pengetahuan baru dan kemahiran dengan membina pengetahuan dan kemahiran sedia ada. Kami menyediakan latihan tambahan sebagai tambahan latihan.
  • Pelajar memahami apa yang diharapkan dan terdorong mengukur diri sendiri. Kami membuat mengharapkan eksplisit di dalam syarahan asas, dalam laman web serta perjumpaan. Kami menyediakan langkah demi langkah dan pengukuran spesifik.
  • Kami mengenalpasti pelbagai gaya pembelajaran dan menyediakan pelbagai bahan.
  • Pelajar akan memantau pembelajaran mereka sendiri dan membangunkan strategi untuk belajar. Diari dalam talian membolehkan pelajar memantau perkembangan mereka. Mereka turut dapat memilih strategi mereka dalam syarahan asas mahupun dalam talian.

Metodologi:
Menggunakan kitaran lima fasa (Susman & Evered,1978), ianya meliputi diagnos, perancangan tindakan, mengambil tindakan, penilaian dan pengkhususan pembelajaran. Kajian ini juga berdasarkan paradigma filosofi interpretasi. Pengkaji interpretasi memberikan deskripsi yang terperinci agar pembaca juga dapat menilai bila situasi mereka sendiri mempunyai paparan yang sama, bermaksud dapat mungkin boleh jadi relevan juga.  Kajian ini menggunakan borang soal selidik serta pemantauan.

Kandungan pembelajaran:
Memulakan kajian pada tahun akademik 2000/1 pada modul ’Pembangunan Sistem IT’ pada MSc dalam Teknologi Maklumat. Modul dijalankan bagi satu semester, selari dengan modul lain, dengan tiga jam kelas seminggu.

Subjek:
40 orang pelajar Master dalam pelbagai displin (Pengurusan Perniagaan, Sejarah, Perkilangan). Kesemua pelajar belajar secara sepenuh masa. Memandangkan mereka nampak matang, lalu digunakan kaedah berpusatkan pelajar. Modul itu melibatkan kemahiran pelajar dalam menganalisa masalah dan membangunkan model analisis sistem menggunakan kaedah yang berstruktur. Modul digunakan seminggu kajian kes dimana pelajar bekerja di dalam kumpulan dan menganalisa masalah praktikal analisa sistem.

Matlamat tambahan kajian:
1)      ...menggunakan kitaran hidup pembangunan sebagai jalan bagi membincangkan isu pembangunan seperti risiko, persaingan, dan kos pelaburan dan begitu juga dengan isu teknikal dan penggunaan.”
2)     ”Isu seni bina kontemporari sekarang dan sistem perkomputeran, seperti jalan perbincangan kreativiti dan pembangunan fungsi baru”.
3)     ”Mengaplikasi pengenalan pengurusan bagi penghasilan kitaran hidup bahan”.
4)     Memahami dan boleh menangani isu mengenai rekabentuk sistem yang ditubuhkan.

Bahan Pengajaran:
1)      Buku teks subjek berkenaan (Griffiths,1998).
2)     Laman web yang dibangunkan untuk menyokong modul.
3)     Set video.
4)     Peralatan perisian seperti CASE (Computer Aided Software Engineering).
5)     Rangka kerja analisis system (W.I.S.D.E.N) dan TLTP (Teaching and Learning Technology Programme.
6)     Buku yang disarankan dan laman web.

Pendekatan Pengajaran:
Syarahan diberikan hanya pada minggu pertama mengenai kursus keseluruhannya. Tiada syarahan diberikan selepas minggu pertama sehingga habis semester mereka. Bahan dari laman web atau bercetak sahaja sebagai bahan rujukan mereka. Sekiranya mereka mengalami kesusahan, boleh berbincang dengan pensyarah. Pelajar turut digalakkan berinteraksi melalui alam maya (e-mel).

Kelebihan dan kekurangan:
1)      Autonomi kepada pelajar. Mereka diberikan kebebasan untuk menetapkan kemajuan diri,  mengikut masa mereka serta tempat mereka.
2)     Mereka dapati berdikari, pengurusan masa yang teratur, dan motivasi penting untuk hidup di dunia luar.
3)     Mereka memahami bahan dan pendekatan yang telah mereka gunakan.
4)     Mereka juga merasakan dengan membuat praktikal sebelum masuk kek kelas dapat membenarkan mereka tertumpu kepada kawasan masalah dan kesukaran.
5)     Ada juga yang berasakan sukar untuk berdikari dan bermotivasi.
6)     Mereka berasakan kurangnya interaksi dengan maklumbalas.

Kesimpulan:
Terdapat kelebihan menggunakan pendekatan pembelajaran bertumpukan pelajar.
  • Markah minimum pelajar dipertingkatkan.
  • Kadar kegagalan pelajar berkurangan.
  • Pelajar lebih suka pendekatan berpusatkan pelajar.
  • Pelajar lebih suka meningkatkan autonomi; mereka boleh belajar mengikut kemampuan sendiri, mengikut masa mereka, mengikut tempat mereka.
  • Pelajar dialu-alukan merebut peluang untuk melatih diri berdikari, mengikut pengurusan masa dan bermotivasi.
  • Sebilangan pelajar memahami lebih baik bahan, dimana markah minimum dapat dipertingkatkan serta kadar kegagalan menurun.
  • Kakitangan mendapati masa berhubung dengan pelajar lebih produktif.
  • Kakitangan memilih menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar.
Hanya minoriti pelajar lebih suka pendekatan formal. Ada juga sebilangan yang ’hilang’ pada awal modul. Situasi pelajar berubah dan pendekatan pelajar membantu kitaran mereka. Kejayaan pembelajaran berpusatkan pelajar salah satunya disebabkan bahan pengajaran yang pelbagai. Kajian perlu dijalankan bagi model berlainan dalam menghasilkan model bahan pembelajaran. Pembelajaran berpusatkan pelajar mengurangkan masa berhubung pelajar tetapi tidak mengurangkan masa kerja kakitangan. Terdapat pelbagai ganjaran menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar bagi kakitangan dan pelajar.
 
JURNAL AHLI KUMPULAN:

Impact of an Action Research Instructional Model: Student Teachers as Reflective Thinkers

oleh:

Alcione N. Ostorga
Veronica Lopez Estrada
University of Taxes-Pan America


a) Kajian Tindakan yang dijalankan:
Kajian yang dilakukan oleh 2 orang guru yang menjalankan kajian untuk menguji tahap kefahaman pelajar terhadap pembacaan lisan di dalam kelas.

b) Masalah yang dihadapi:
  1. Kebanyakkan guru lebih suka mengajar mengikut kehendak atau cara mereka sendiri sahaja iaitu kaedah kuliah. Latihan pembacaan secara lisan tidak pernah dijalankan di dalam kelas semasa proses P&P.
  2. Pengkaji secara kelas mengandaikan kaedah pembacaan secara lisan dilihat lebih berkesan berbanding kaedah pengajaran secara kuliah dan kebanyakkan guru-guru baru lebih cenderung untuk menggunakan kaedah tersebut berbanding latihan berlandaskan kajian yang telah dipelajari.
    ***Membaca menggunakan kaedah Round Robbin Reading (RRR) merupakan pendekatan secara memanggil nama pelajar secara rawak untuk membaca selepas seorang pelajar habis membaca dan pendekatan ini dilihat begitu berkesan.
b) Tujuan kajian
  • Membantu guru untuk belajar mengenai kajian berdasarkan strategi membaca secara lisan dan melaksanakannya di dalam kelas semasa proses P&P dijalankan.

  • Mengetahui bagaimana mereka (guru-guru) mengubah strategi pengajaran kepada corak pengajaran berlandaskan pengkajian.

    Tajuk jurnal: A First-Timer's Impressions Of Engaging In Action Research: A Case In Ethiopian Preservise Teacher Education.

    Adinew Tadesse Degago

    Kajian ini mengkaji impresi atau tanggapan sepuluh orang guru pendidikan siswazah sebelum menjalankan perkhidmatan di Universiti Haramaya, Ethiopia terhadap kajian tindakan yang mereka lakukan sebagai sebahagian daripada kursus praktikum mereka. Perubahan yang berlaku terhadap diri para guru tersebut dilihat dari sudut penglibatan, cabaran dan penemuan pengalaman yang bersifat positif.



Aktiviti 1: Tugasan 1: Buku "Developing Innovation In Online Learning: An Action Research Framework"


DEVELOPING INNOVATION ON ONLINE LEARNING: AN ACTION RESEARCH FRAMEWORK


    Kajian tindakan ialah metadologi tindakbalas situasi yang fleksibel yang menawarkan secara terperinci, suasana sebenar dan suara pendidik, pengamal dan pelajar. 
(Cohen et. Al,2000).


    Kajian tindakan adalah satu bentuk usahasama, siasatan rasmi secara mendalam yang diambil oleh penglibatan situasi sosial di dalam meningkatkan rasional dan keadilan tentang sosial mereka sendiri serta latihan pendidikan. sejajar dengan pemahaman tentang latihan dan situasi di mana latihan dijalankan (Kemmis & McTaggart,1988:5).


    Kajian tindakan fokus kepada menyelesaikan masalah dalam kehidupan sebenar. Penghasilan pengetahuan tidak akan terjadi tanpa mengambil kira keseluruhan situasi. Siasatan rasmi berasaskan persoalan daripada situasi sebenar diterapkan dalam cara konvensional akademik di mana persoalan ditimbulkan dengan komuniti akademik di mana ianya terbahagi kepada profesional (Levin & Greenwood,2001).


Buku ini adalah mengenai persekitaran pembelajaran secara dalam talian untuk membantu pembelajaran akademik. Kajian tindakan ialah metodologi yang fleksibel sebagai tindakbalas terhadap sesuatu yang menawarkan keperincian, keadaan sebenar dan suara para pendidik, pengamal dan pelajar (Cohen et. Al, 2000). Kemmis & McTaggart (1998) pula mengatakan: Kajian tindakan ialah satu bentuk usahasama, siasatan rasmi yang diambil dengan mendalam oleh mereka yang berada dalam situasi sosial di dalam meningkatkan rasional dan keadilan di dalam sosial dan latihan pendidikan; begitu juga pemahaman terhadap latihan dan situasi ini di mana latihan dibuat.


Kajian tindakan memfokuskan kepada penyelesaian masalah berkaitan masalah dalam kehidupan seharian. Pengetahuan tidak dapat dihasilkan tanpa mengambilkira keseluruhan situasi. Siasatan rasmi berdasarkan persoalan yang timbul daripada situasi sebenar dibuat mengikut cara pendidikan konvensional di mana soalan timbul dalam komuniti akademik di mana ianya dibahagikan kepada bahagian professional. Kemmis & McTaggart (1992) mengatakan:



  • Ianya bukan pemikiran biasa guru tentang apa yang mereka fikirkan tentang pengajaran mereka. Kajian tindakan lebih sistematik dan kolaboratif di dalam pengumpulan bukti data berdasarkan refleksi kumpulan terperinci.
  • Ianya bukan penyelesaian masalah yang mudah. Kajian tindakan melibatkan melihat masalah secara menyeluruh, bukan hanya menyelesaikan masalah saja. Ianya bukan bermula dari pandangan masalah sebagai patalogi. Ia sebenarnya dimotivasikan oleh permintaan untuk memperbaiki dan memahami perubahan dunia dan mempelajari bagaimana memperbaikinya daripada kesan yang dibuat.
  • Ianya bukan kajian yang dibuat oleh orang lain. Kajian tindakan dibuat oleh orang berdasarkan kerja mereka sendiri, untuk membantu mereka memperbaiki apa yang telah mereka lakukan termasuk bagaimana mereka bekerja dengan orang lain.
  • Kajian tindakan bukannya cara saintifik yang diaplikasikan di dalam pengajaran. Ianya bukan satu pandangan saja, tetapi banyak pandangan.
Terdapat langkah-langkah melaksanakan teknologi, bermula dengan pembangunan ko-kurikulum, rekabentuk arahan, perlaksanaan pembelajaran dalam talian serta penghantaran. Kitaran Pembelajaran Pengalaman Kolbs’, Kitaran Pembelajaran Pengalaman (Pfciff dan Ballew,1988a) Dan Model Kajian Tindakan Lewinian juga ditunjukkan di dalam buku ini. Model Pengurusan Pendidikan Kajian Tindakan (EMAR) atau Educational Management Action Research ialah sebuah rangka kerja kajian tindakan yang bermaklumat, di mana ianya diamalkan oleh pengamal kajian tindakan. Model EMAR ini terdapat empat asas pembinaan iaitu isi organisasi, model pedagogi, persekitaran pendidikan dan proses penilaian.


Buku ini turut menceritakan tentang model pedadogi bagi keperluan industri dan masyarakat. Kemahiran yang diperolehi ditambah pula dengan pembelajaran secara aktif dan kolaboratif digunakan di dalam aktiviti pembelajaran sebenar. Maka, model pedadogi berdasarkan pembelajaran dalam talian adalah berdasarkan membina filosofi sederhana, melibatkan pelajar, pengamal dan pengajar. Terdapat karakteristik pembelajaran akademik, konstruktivisma yang memperlihatkan pengetahuan dan realiti semulajadi, interaksi manusia semulajadi, persekitaran mewah bagi pembelajaran aktif (REALS) dan juga terdapat epistimologi vs model pedadogi.


Ianya turut menceritakan rekabentuk dan pembangunan persekitaran pembelajaran secara dalam talian. Terdapat model konseptual dan metodologi dalam rekabentuk sistem maklumat. Perubahan semulajadi turut berlaku dalam konteks pendidikan konstruktivisma. Terdapat rekabentuk Sistem Pendidikan Am (ESD) atau General Educational Systems Design (Nunes & McPerson,2003). Spesifikasi dan persekitaran yang agak kompleks mempengaruhi pembinaan rangka kerja. Terdapat juga refleksi dalam melaksanakan model pedagogi. Pembangunan rangka kerja melibatkan pendidikan dan pendekatan pembangunan sistem. Model pedadogi tradisional bagi pendidikan kampus digunakan secara meluas, dan menghasilkan beberapa isu atau cadangan. Pembelajaran dalam talian digunakan secara meluas dalam negara mahupun antarabangsa. Jadi, perancangan tindakan dan tindakan diambil bagi pembelajaran dalam talian yang disokong dengan teori dan latihan.


Terdapat juga tutor dan penghantaran pembelajaran dalam talian. Penghantaran pembelajaran dalam talian melibatkan konteks akademik, strategi tutor dalam talian dan kemahiran tutor. Model yang sedia ada memerlukan kajian dan memperbaikinya secara berterusan. Terdapat isu yang wujud hasil persekitaran pembelajaran dalam talian. Terdapat strategi mengajar untuk menyokong pembelajaran berdasarkan model pedadogi yang digunakan. Strategi yang dicadangkan merangkumi menangani masalah, kolaboratif dan pembelajaran berdasarkan kerja. Kerjasama dan kolaborasi dalam talian melibatkan aspek sosial dan teknikal. Pencarian maklumat menggunakan fasiliti dan jaringan maklumat digunakan secara meluas sekarang ini.


Proses penilaian pula dibenamkan di dalam model kajian tindakan dan ada dua strategi melibatkan penilaian sumatif dan formatif. Adanya kaedah pengumpulan data, rangka kerja kursus menilai dalam talian, asas rangka kerja penilaian dan kesan persekitaran pembelajaran berdasarkan ICT. Adalah diharapkan satu hari nanti, pembelajaran dalam talian akan dijalankan sepenuhnya dalam persekitaran pembelajaran.

USING ACTION RESEARCH TO IMPROVE INSTRUCTION

Apa itu kajian tindakan?


Kajian tindakan merupakan satu pendekatan berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme guru. Kajian ini merujuk kepada penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru di dalam bilik darjah. (Ellot & Adelman:1976).


Satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amala-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif. (McNiff: 1988).




Friday, November 6, 2009

Tugasan Kelas: Nota Konsep Dan Model Rekabentuk Kajian Tindakan

Model Rekabentuk Kajian Tindakan

    Terdapat pelbagai model rekabentuk kajian tindakan. Di antaranya ialah model rekabentuk kajian tindakan. Model tradisional yang selalu diaplikasikan dalam menjalankan kajian tindakan adalah berdasarkan model “action research cycle” yang mempunyai asal usul daripada Kemmis dan McTaggart (1988). Menurut Kemmis & McTaggart, model ini mempunyai 4 elemen, iaitu i. Mereflek (reflect) ii. Merancang (plan) iii. Bertindak (action) dan iv. Memerhati (observe) seperti yang ditunjukkan pada rajah. Model ini adalah relevan terutamanya dalam konteks pengendalian kajian tindakan amalan seperti yang dijalankan dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran.


                                                                           Rajah 1



   Daripada rajah 1, proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.

    Di sebaliknya satu model kajian tindakan yang dipelopori oleh Stringer (1999) adalah lebih sesuai sekiranya seseorang guru hendak menjalankan kajian tindakan bercorak penyertaan. Stringer (1999) melihat kajian tindakan penyertaan (participatory action research) sebagai satu gelung interaksi. gelung interaksi menunjukkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan (looking), pemikiran (thinking) dan tindakan (action). Ini menunjukkan proses itu berulangan dan sentiasa diperbaharui. Dalam model ini, Stringer (1999) mengutamakan penglihatan (looking) untuk membina satu gambaran bagi membolehkan pihak yang berkepentingan (stakeholder) memahami isu yang mereka alami. Fasa ini meliputi pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen), merekod dan menganalisis maklumat serta membina dan melapor kepada pihak yang berkepentingan. Fasa seterusnya meliputi pemikiran (think), iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih mendalam dan mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan. Pada fasa terakhir, penyelidik bertindak (act), iaitu menghasilkan penyelesaian-penyelesaian yang praktikal terhadap masalah-masalah yang timbul. Ini merangkumi pengujudan pelan tindakan dan menentukan hala tuju seperti menentukan objektif, tugas, dan orang-orang yang akan melaksanakan objektif serta memperoleh sumber-sumber yang diperlukan. Ia juga termasuk melaksanakan pelan, menggalakkan orang menjalankannya dan menilainya dari segi keberkesanan dan pencapaian.



Rajah 2


    Terdapat perkembangan terkini di dalam kajian tindakan seiring perubahan dari masa ke semasa. Untuk maklumat lanjut, sila melawati laman web disediakan.



 Perkembangan Terkini Dalam Kajian Tindakan


Wednesday, November 4, 2009

Aktiviti 3: Tugasan 3: Kolokium

Meningkatkan Kefahaman Dan Minat Pelajar Dalam Subjek Sains Tingkatan Dua Melalui Kaedah Kooperatif Di SMK Sungai  Pelek, Sepang

Kajian tindakan oleh:
Wan Norsalina Wan Hussin dan Nor Asmah Buang

Pernyataan masalah:
1) Pelajar cepat bosan terhadap P&P
2) Kurangnya daya tumpuan menyebabkan mereka kurang faham dalam pelajaran
3) Kaedah pengajaran yang kurang berkesan

Metodologi:

3 konsep utama pembelajaran kooperatif:
a) interaksi serentak
b) saling kebergantungan
c) akauntabiliti

Kaedah Round Robin - Berlaku pertukaran maklumat antara pelajar dan mereka saling memberikan kerjasama antara satu sama lain.

Objektif kajian:
1) Menarik minat pelajar
2) Meningkatkan kefahaman pelajar
3) Melihat keberkesanan pengajaran berpusatkan pelajar

Persoalan kajian:
1) Sejauhmana kaedah pembelajaran kooperatif dapat menarik minat pelajar dalam subjek Sains Tingkatan Dua?
2) Adakah kaedah ini mampu meningkatkan kefahaman pelajar di dalam subjek Sains Tingkatan Dua?
3) Sejauhmana kaedah ini berkesan di dalam P&P?

Prosedur Kajian - Pemerhatian, refleksi, perancangan dan perlaksanaan

Pengumpulan Data

1) Hasil dari temubual, pelajar menyatakan subjek Sains sukar dan kompleks.
2) Pelajar bersetuju kaedah kooperatif ini sesuai untuk P&P subjek Sains.

Kaedah Kooperatif Round Robin
1) Pelajar dibahagikan kepada 4-5 orang, ketua setiap kumpulan dilantik dan subkumpulan ini akan membincangkan topik yang diberi.
2) Guru akan membuat pemerhatian dan penilaian tentang tingkahlaku, kerjasama, kefahaman dan keyakinan diri pelajar.
3) Memberikan borang soal selidik kepada pelajar.

Memberikan borang soal selidik kepada 70 orang pelajar Tingkatan Dua dan hampir semua setuju dengan kaedah kooperatif ini.

Dapatan Kajian

1) Guru menilai hasil pembentangan pelajar dan direkod dalam senarai semak.
2) Penilaian dibuat dari segi kefahaman, tingkahlaku, kreativiti dan gaya persembahan.
3) Dari segi kefahaman, lima kumpulan berjaya menjawab kehendak soalan.
4) Dari segi tingkahlaku, kerjasama dari ahli kumpulan.
5) Daya kreativiti dilihat dari gambar dan visual oleh pelajar.
6) Keyakinan diri dilihat dari persembahan pada kelas.

Rumusan

Kaedah kooperatif ini dapat meningkatkan kefahaman dan minat pelajar, meningkatkan kerjasama dan keyakinan diri serta membentuk pemikiran yang kreatif dan kritis pelajar.

Penambahbaikan

1) Beri ganjaran sebagai peneguhan
2) Pembahagian ahli kumpulan dibuat oleh guru

Kajian tindakan ini menepati ciri kajian tindakan. Kajian ini menggunakan kaedah Round Robbin. Apa yang saya dapat pelajari daripada hasil kajian ini ialah kaedah kooperatif ini sesuai dijalankan untuk subjek Sains ini. Pelajar yang lebih pandai boleh mengajar kawan yang lemah dalam kumpulan kecil itu. Mereka boleh membuat perbincangan di antara satu sama lain. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk subjek yang lain.

Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar Semasa Proses P&P Melalui Kaedah Permainan Di Dalam Kelas 4 Dedikasi SMK Bandar Rinching

Kajian tindakan oleh:
Norbahariah Binti Baharin dan Nor Zira Binti Shafie

Pernyataan masalah:

  • Pelajar tidak memberi perhatian
  • Pelajar malu untuk bertanya
  • Pelajar kurang berkeyakinan meluahkan pendapat atau memberi jawapan secara individu apabila disoal di dalam kelas
  • Pelajar lemah dalam aspek kemahiran berfikir secara kreatif & kritis (KBKK)
Metadologi:
  • Model Kemmis & Mac Taggart (1988)
  • Model 1: Gelungan skema kajian tindakan berterusan.
  • 1) Refleksi 2) Merancang 3) Bertindak 4) Memerhati
1) Refleksi awal- masalah dikenalpasti selepas 2 kali sesi pengajaran.
- dilakukan daripada markah ujian setara 2 Tingkatan 4 yang dijalankan pada bulan 8/2009 sebagai instrumen Pre-Test.

2) Merancang - permainan dirancang bola hikmah, dam ular dan dart.

3) Pengumpulan data:

a) Pretest
-ujian setara 2 Tingkatan 4

b) Temubual
- selepas ketiga-tiga permainan selesai

c) Soal-selidik
- 35 soalan diedarkan, julat markah 0.5 (sangat tidak setuju-sangat setuju).
- soalan merangkumi sikap pelajar semasa P&P, kekuatan dan kelemahan kaedah permainan

d) Post-Test
- Ujian penilaian akhir

Hasil Kajian:

a) Pretest
- lemah subjektif SAINS.
- tinggal kurang 0
- purata lulus 40%-45% sebanyak 7 orang pelajar

b) Pemerhatian
- sebelum, pelajar diam dan menjawab tidak tahu
- berani walau kurang tepat

c) Soal-selidik
- 32 pelajar beri markah 4 (setuju) bahawa kaedah permainan adalah baik.
- responden setuju langkah permainan dalam P&P dapat mengembangkan KBKK dan meningkatkan keyakinan.

d) Temubual
- setiap guru patut mencuba.
- guru patut membantu meningkatkan keyakinan dan interaksi di dalam kelas
- pelajar mencadangkan permainan interaktif

e) Post-test
- pelajar berani menjawab subjektif
- peningkatan markah pada subjek Sains kertas 2

IMPLIKASI KAJIAN:

1) Meningkatkan penglibatan aktif pelajar semasa P&P
2) Kaedah berpusat pelajar bantu meningkatkan keyakinan selain mengembangkan KBKK.

Kajian tindakan ini menepati ciri kajian tindakan Apa yang dapat saya pelajari daripada kajian ini ialah kaedah permainan dalam P&P dapat membantu menarik minat pelajar serta dapat meningkatkan keyakinan diri mereka, dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan bersosial di dalam serta P&P menjadi lebih menarik dan berkesan.

Meningkatkan Minat Pelajar Dalam Subjek Pendidikan Islam Bahagian Ibadah Melalui Kaedah Simulasi


Tujuan
Menarik minat pelajar untuk mempelajari dan menghayati subjek Pendidikan Islam terutamanya ibadah.

Objektif Kajian
  • Menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek P. Islam
  • Meningkatkan kefahaman pelajar dalam subjek P. Islam
Persoalan
  • Adakah penggunaan kaedah simulasi boleh menarik minat pelajar dalam subjek P. Islam?
  • Adakah penggunaan kaedah simulasi sesuai digunakan dalam proses P&P subjek P. Islam?
Metodologi Kajian

1) Kumpulan sasaran/sampel
-29 pelajarTingkatan 1 Marikh majoriti pencapaian peningkatan dalam P. Islam

2) Tempoh Kajian
-2 sesi - 2 kali perjumpaan seminggu, mengambil masa sejam.
(2 minggu= 4 kali perjumpaan)

Instrumen Kajian

Kaedah Simulasi
-guru menunjukkan cara menyucikan najis mukhaffafah, najis mutawasitah dan najis mughallazah.
-guru menunjukkan cara di depan kelas dan memberi arahan kepada pelajar untuk aktiviti yang dilakukan.
-menjawab kuiz secara lisan.
-memilih pelajar mencabut soalan di dalam kotak.
-membuat soalan yang mengarahkan tunjuk cara menyucikan najis.

Pengumpulan Data

1) Pemerhatian
2) Temubual tidak berstruktur
3) Kualitatif
a) soal jawab b) kuiz lisan

Analisis Data

1) Pemerhatian
Kitaran 1 dan 2

2) Temubual tidak berstruktur
Kitaran 1 dan 2

3) Kualitatif
-sesi soal jawab dan kuiz secara lisan di dalam kelas dicatat
-data dianalisis secara manual

DAPATAN KAJIAN

1) Dapatan kajian diperoleh selepas proses penganalisaan data kualitatif yang telah dikumpul. Data dianalisis secara terperinci bagi memastikan hasil dapatan kajian berkualiti.

2) Kaedah menyeronokkan dan dapat menarik minat pelajar serta membantu mereka menguasai isi pengajaran.

Cadangan Penambahbaikan

1) Kekangan waktu P&P
-guru yang mengajar sebelum waktu P. Islam mengambil masa melebihi masa sepatutnya. Guru patut prihatin terhadap masa dan situasi guru P. Islam serta tidak bersikap mementingkan diri.

2) Kurang kerjasama daripada pihak guru
-guru tidak memberi kerjasama sepanjang tempoh kajian
-pengkaji meminta maklumat, tetapi guru mengelakkan diri dari menjawab pertanyaan
-guru perlu bersikap terbuka dan memberikan kerjasama

Apa yang saya dapat daripada pembentangan kajian tindakan ini ialah kaedah simulasi amat sesuai untuk subjek Pendidikan Islam. Seperti kita tahu, dalam bahagian ibadah misalnya, ibadah seperti mengangkat air sembahyang atau cara menuanaikan solat amat sesuai menggunakan kaedah simulasi. Pelajar dapat mempelajari dan mempraktikkannnya. Kaedah ini juga sesuai untuk subjek yang lain.